THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, July 11, 2009

ErTi SeBuaH PeNgOrBaNan...

Setiap apa yang dilakukan atau dikerjakan merupakan sebuah pengorbanan...Setiap pengorbanan mesti mempunyai kecekalan dan kekuatan diri. Perkara ini juga perlu disokong oleh semangat dan jati diri yang sempurna...Mengikut sumber yang telah dibuat keatas seorang penuntut di IPTA, beliau merupakan seorang pelajar yang begitu komitmen dengan tugas-tugas yang diberikan dan dipertanggungjawabkan...setiap tugas yang diberikan pasti ingin dilaksanakan dengan jayanya...Namun, terdapat kos lepas yang berlaku dalam diri penuntut tersebut apabila beliau terpaksa membahagikan masa itu dengan tanggungjawab terhadap pelajaran dan juga peribadinya...Kadangkala, ada ketikanya beliau terpaksa menerima permasalahan yang timbul berikutan daripada tugasan-tugasan itu...Walaupun pada hakikatnya, beliau cuba menyembunyikan permasalahan itu....Mungkin melalui pengorbanan yang dilakukan itu akan membuahkan hasil bagi masa depannya...Sebagai peringatan "Walau sesibuk mana pun insan itu, apa yang penting adalah menjaga keharmonian dan keseimbangan dalam diri itu sendiri, tidak lupa juga jangan sesekali kita menyakiti hati insan lain kerana setiap kekecewaan itu merupakan satu daripada kekejaman"...Oleh itu haruslah melakukan pengorbanan mengikut kemampuan serta jangan ada yang terluka daripadanya...

0 comments: