THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, July 29, 2009

BenCaNa vs WaBaK...

UPSI kini dilanda H1N1...semua itu dugaan dari tuhan...tabahkan diri masing2 dengan setiap apa yang berlaku...mungkin ader hikmah disebaliknya....

Friday, July 24, 2009

SaMpai BiLa YeK...

Kali nie aku meluahkan cetusan lagi...kadang-kadang aku bertanyer sendirian sbb aku malas nak berkongsi masalah dan pengalaman dengan orang lagi...bagiku semua nyer x boleh dipercayaai...
Aku kadang-kadang sedih bila mengenangkan nasib diriku sendiri...bukan ape, kadang-kadang dalam kehidupan ini penuh dengan kepura-puraan..penuh dengan muslihat. bagaimana harus aku menghadapi semua ini...aku selalu jugak terfikir mengapa, kenapa, dan sampai bila harus aku harungi segalanya demi untuk membahagiakan orang lain...Sedangkan hatiku menangis tiada siapa yang peduli...mengapa perlu ada rahsia di antara kita dan mengapa dikau terlalu sukar untuk menyatakan hal yang sebenarnya...mengapa juga perlu dikau mendolak-dalik tentang semua hidup ini...sampai bila dan mengapa dikau lakukan perkara ini....mengapa tidak dikau lakukan sepertimana yang telas dikau lafazkan suatu ketika dahulu...disaat-saat awal perkenalan..daku mengharapkan apa yang keluar dari setiap patah perkataan itu menjadi realiti dan bukan angan-angan yang sentiasa mendorong untuk ku mencari punca permasalahan itu...mengapa daku yang selalu menerimanya...tunjukkanlah kehebatan dan kelantanganmu..sebagaimana orang lain mengenalimu...kadang-kadang aku amat menderita diatas setiap ape yang berlaku...bagaimana harus aku laluinya...Ya Allah tolonglah hambamu yang lemah nie...hambamu tidak sekuat yang ingin dikau uji...cukuplah Ya Tuhan...hambamu sudah tidak mampu lagi...

Wednesday, July 22, 2009

dikau tetap dihatiku...



Selagi dikau menyayangiku...selagi itulah daku tetap setia kepadamu walau apapun yang berlaku

DiLuKai...

Bagaimanakah perasaan anda jika hati anda dilukai oleh orang boleh dipercayai selama ini... orang yang menjadi tempat mencurahkan hati dan permasalahan...ketika itu aku rase seperti ada dentuman yang sangat kuat menghempas perasaan ku...aku semacam tidak percaya apa yang terungkap itu keluar dari mulutnya sendiri...dengan tidak mempunyai sedikit perasaan pun terus melemparkan kata-kata itu...ketika itu,hanya tuhan yang mengetahui betapa pedihnya dan tergurisnya perasaanku...tapi tuhan maha mengetahui setiap perbuatan dan keterlanjuran insanya...pasti mungkin suatu hari, tuhan tetap memberi pembalasan terhadapnya walaupun bukan dalam jangka masa yang pendek...aku akan tetap bertahan tapi tahap kesabaran yang aku miliki mungkin tidak seteguh mana....mungkin suatu hari aku akan bersuara lantang menentang segalanya...kita lihat dan tunggu sahaja waktunya jika sejarah ini mungkin berulang lagi...tapi apa yang penting aku bkn jenis yang suka bertukar pasangan...bagiku, hanya dia yang aku sayangi walau apapun terjadi dan selagi ia menyayangiku....

Monday, July 20, 2009

KeLiRu...

Antara Cinta dan cita-cita....Antara Kekasih dan Kasihan...Antara Realiti dan Fantasi...Antara Keikhlasan dan Ketidakjujuran...Antara Kata-kata dan Ungkapan....Antara Senyuman dan Sindiran....Dimanakah ertinya sebuah perhubungan seseorang itu dan setakat manakah ia? Hanya hati yang ikhlas dan perasaan yang tulus suci sahaja yang mungkin akan merungkap segala kekeliruan itu....

Sunday, July 19, 2009

TaNiAh SaYaNg...

Tahniah buat yang tersayang kerana berjaya mengharungi segala rintangan bagi menjayakan program SIMFONI WARISAN 09...Semoga segala penat lelah itu akan membawa seribu pengalaman buatmu...Dan berkat kesabaranmu itu, segalanya sudah terukai...Tahniah sekali lagi sayang...cuma harapan lin, doakan kejayaan lin pula di program yang akan datang....

Monday, July 13, 2009

Sistem pendidikan negara terus diiktiraf

Keputusan Australia memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi kursus perguruan untuk 30 pelatih guru dari Afghanistan membuktikan sistem pendidikan negara ini diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sistem pendidikan negara terbukti berkesan khususnya dalam bidang pendidikan Islam, menjadikan Malaysia amat sesuai sebagai tuan rumah para peserta tersebut.
''Kita ada sistem pendidikan yang baik terutama dalam bidang pendidikan Islam, pensyarah yang mahir pelbagai bahasa serta dilengkapi kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap.
''Itulah kelebihan (pendidikan) kita dan kerana itu juga Australia kenal pasti Malaysia sebagai rakan untuk membantu membangunkan Afghanistan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengiringi Menteri Luar Australia, Stephen Smith yang meninjau perjalanan kursus itu di Institut Perguruan Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA) di sini semalam.
Kursus yang bermula pada 29 Jun lalu itu dikenali sebagai Projek Pendidikan Malaysia-Australia buat Afghanistan (MAEPA) dengan Malaysia sebagai tuan rumah, sementara Australia pula menanggung segala kos perjalanan para peserta.
Ia merupakan perjanjian di antara kedua-dua negara susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd ke atas Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini pada 10 Julai tahun lalu.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara pula telah diterjemahkan ke dalam bahasa Thai oleh pihak berkuasa di sana sebagai panduan mereka.
''Kita juga pernah melatih lebih 100 guru dari Aceh (Indonesia), itulah bukti komitmen Malaysia kepada dunia," ujarnya.
Salah seorang peserta, Khalilurahman Ruhyab, 31, memberitahu, sistem pendidikan Malaysia sangat komprehensif dan beliau yakin dapat menimba pengalaman berguna sepanjang kursus tersebut.
''Pendidikan di negara anda sangat unggul kerana terdapat sekolah aliran berbeza buat kaum Melayu, Cina dan India.
''Sekembali ke Afghanistan nanti, saya akan panjangkan ilmu ini kepada guru-guru lain," jelasnya yang bertugas di Kabul.
Bagi memastikan kursus itu terus mendapat manfaat di Afghanistan, Ka Siong memberitahu, Malaysia akan menghantar dua pemerhati ke sana selama sebulan di samping mengiringi kepulangan para peserta berkenaan.

Saturday, July 11, 2009

Siswazah tipu siswazah - Golongan terpelajar dalang penipuan agensi pekerjaan

Kesukaran memperoleh pekerjaan yang menepati kelulusan mendorong segelintir siswazah bertindak menjadi tali barut sindiket penipuan agensi pekerjaan dengan sasaran mereka adalah daripada kalangan siswazah menganggur sendiri.
Modus operasi mereka ialah menggunakan kemahiran komunikasi untuk memperdayakan mangsa membayar wang pendahuluan bagi mendapat pekerjaan tetap.
Hasil siasatan Jabatan Tenaga
Rakyat (JTR) mendapati beberapa agensi terlibat menggunakan khidmat graduan dengan operasi mereka bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi juga di beberapa negeri lain.
Ketua Pengarah JTK, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata, majoriti mangsa tertipu kerana tidak membuat penyelidikan mengenai status agensi pekerjaan terbabit.
"Mereka mencari mangsa secara terang-terangan di kawasan awam dengan meminta duit pendahuluan kononnya untuk sesi kaunseling yang sebenarnya tidak wujud,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Ismail yakin semua agensi terbabit beroperasi secara haram selepas mereka didapati tidak berdaftar dengan JTR.

MeNgApE SeMuAnYa BeRuBaH...

Kini sudah lebih seminggu berlalu pembelajaran dalam semester ini...Semester ini merupakan semester final untuk aku...projek kali ini dilaksanakan di pulau mutiara. Malahan terdapat banyak aktiviti yang ingin dilaksanakan untuk projek final kali ini...kadangkala aku pening jugak...banyak sangat masalah yang aku lalui...aku tidak sekuat insan lain...banyak perkara yang memeningkan kepalaku...mana tidaknya, dengan masalah peribadi, finalnya dan banyak lagi... Bagi diriku, timbul pelbagai persoalan dalam kotak fikiranku ini....Mengapa insan yang kusayang tidak seperti dulu lagi...banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya...Antaranya dari segi perwatakan, percakapan, tindakannya serta segalanya berubah dengan begitu cepat...Aku pun tak tahu apakah punca berlaku semuanya...salah akukah????????Dimana perginya insan yang dulu kukenali....pulangkanlah dia kembali kepadaku...Aku merinduinya dan sangat-sangat merindui suasana seperti dulu...kerana bagiku hanya itu yang dapat membahagiakanku ketika ini...Kemanakah harus kucari????? Bagi menghadapi final project ini, aku memerlukan sokongannya serta dorongan daripada di sini...Tolonglah Kembalikan keadaan seperti asal...kasihanilah hambamu ini....

ErTi SeBuaH PeNgOrBaNan...

Setiap apa yang dilakukan atau dikerjakan merupakan sebuah pengorbanan...Setiap pengorbanan mesti mempunyai kecekalan dan kekuatan diri. Perkara ini juga perlu disokong oleh semangat dan jati diri yang sempurna...Mengikut sumber yang telah dibuat keatas seorang penuntut di IPTA, beliau merupakan seorang pelajar yang begitu komitmen dengan tugas-tugas yang diberikan dan dipertanggungjawabkan...setiap tugas yang diberikan pasti ingin dilaksanakan dengan jayanya...Namun, terdapat kos lepas yang berlaku dalam diri penuntut tersebut apabila beliau terpaksa membahagikan masa itu dengan tanggungjawab terhadap pelajaran dan juga peribadinya...Kadangkala, ada ketikanya beliau terpaksa menerima permasalahan yang timbul berikutan daripada tugasan-tugasan itu...Walaupun pada hakikatnya, beliau cuba menyembunyikan permasalahan itu....Mungkin melalui pengorbanan yang dilakukan itu akan membuahkan hasil bagi masa depannya...Sebagai peringatan "Walau sesibuk mana pun insan itu, apa yang penting adalah menjaga keharmonian dan keseimbangan dalam diri itu sendiri, tidak lupa juga jangan sesekali kita menyakiti hati insan lain kerana setiap kekecewaan itu merupakan satu daripada kekejaman"...Oleh itu haruslah melakukan pengorbanan mengikut kemampuan serta jangan ada yang terluka daripadanya...

Friday, July 10, 2009

Mansuh PPSMI bukan terburu-buru

Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 bukan satu pelaksanaan yang terburu-buru dan gopoh, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan pemansuhan PPSMI pada 2012 itu dibuat setelah menimbang faktor yang penting untuk meningkatkan pengajaran Bahasa Inggeris di mana segala persiapan sempurna dapat disediakan dalam tempoh dua tahun setengah.
Ini, katanya, termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir.

Muka kacak ada sedikit sperma

OXFORD - Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.
Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.
Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.
Lelaki yang kacak mempunyai ramai kekasih dan dipercayai kurang berjaya untuk menjadi bapa kepada anak.
Penemuan itu disokong oleh kajian terhadap ayam dan ikan tetapi para penyelidik berpendapat hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam konteks manusia.
"Daya tarikan manusia merupakan sesuatu yang kompleks dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk budaya," kata seorang penyelidik, Sam Tazzyman. - Agensi

Sunday, July 5, 2009

PaDaTttttttttt....

RUMAH YANG SEMAKIN PADAT DAN SEMAKIN SESAK....SABAR YER...SEMUA INSAN SEMAKIN KAYA DAN SEMAKIN BERGAYA...CUMA....??????

Thursday, July 2, 2009

MeReNuNg MaSa DePaN..


Dalam senyuman itu mempunyai seribu tanda tanya dan dalam jelingan lirikan mata itu mempunyai sejuta harapan yang ingin kugapai walaupun terdapat liku-liku dan ranjau kehidupan...

MeMoRiKu...Di AqUaRiA...




WaLaU DiMaNa KaU BeRaDa...Ku TeTap


MeNgINgAtImU...

AnDaI KaU TaHu....


InGiN BeRsAmA...

Mengapa terlalu tinggi bulan di langit...Mengapa pula terlalu jauh Sang Matahari serta Mengapa terlalu sukar untuk mengapai awan di langit....Seandainya dapat kumiliki semuanya, alangkah bahagianya hidup ini kerana setiapnya mempunyai rahmatnya yang berbeza...Sang Bulan dapat menyinari kehidupan dikala kegelapan...Sang Matahari dapat memberikan cahaya dalam sejuta kehidupan dan Sang Awan pula dapat memberikan seribu keceriaan dalam hidup ini...Adakah semua itu akan kekal menjadi milikku selamanya...?????Hanya maut dapat memisahkan kita!!!!!!