THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Monday, August 31, 2009

CeTuSaN RaSa...

Jika pautan kasih di ranting rapuh
Imbaulah impi di perdu lusuh
Meskikah berkait dengan talian keliru antara tadahan asing & depaan jujur
Segalanya tergawangan
Lalu putik cinta layu di tangkai madu
Jika pautan hidup di ranting rapuh
Gamitlah cita di rumpun redup
Meskikah bergelut dengan semakan hampa
Antara huluran simpati & laungan misteri
Segalanya tergalangan
Lalu kelopak cinta gugur di pohon resah
Jika pautan iman di ranting rapuh
Sapalah doa di taman syahdu
Meskikah bertaut dengan juraian keliru
Antara kekangan duniawi & pagaran bukti
Segalanya terawangan
Lalu jambak cinta gugur di dasar syukur
- suntinglah sepi ini Kekasih-ku.

TeriNgin PLak..



Tiba-tiba teringin plak nak makan nasi kandar Jalan TAR...walaupun restauran nyer tak lah sebesar maner tapi yang penting masakan nyer sodap....:) tapi tak tau nak ajak siapa...semua orang tengah busy sekarang...opssss...macamlah kiter tak busy kan...konon-konon buat tak busy lah...sebab nak tenangkan fikiran...sem ini pun banyak dugaan...perancangan asyik tak jadik jer...kadang-kadang bosan jugak...tapi sampai biler yer...entahlah...mungkin tu semua dugaan kot...dan mungkin ada hikmah yang tersembunyi...

Sunday, August 30, 2009

HaRi-HaRi SeTeRuSnYa....

Hari ini aku meneruskan lagi perjuangan yang belum selesai dan sampai bilalah nak selesainya...aku kadang-kadang takut jugak...bila lah nak selesai kalau tindakkannya macam tak berjalan jer...aku sebenarnya risau tentang sponser Petronas nie..bkn ape, jika lambat takut tak diterima plak...dahlah syarikat besar...ADUHAI...pening-pening...bukan tu sahaja, ini merupakan project final aku...oleh itu, untuk keselamatan, aku ambik tindakan untuk buat backup tajuk lain...orang tak tau masalah aku...betapa risaunya hatiku, hanya tuhan yang tau...walaupun luaran nampak gumbira tapi jauh disudut hatiku..??????HUHUHUHUH:(...Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan, Kau tabahkanlah hati hambamu ini, Kau permudahkanlah perjalananan hidup hambamu ini, Kau capaikanlah setiap apa impian hambamu yang lemah ini, hambamu tidak mampu menanggung segala ujian-ujian yang sehebat ini... Ya Allah...Kau berikanlah secebis cahaya untuk hambamu meneruskan perjalanan ini dengan tabah seperti mana yang Dikau harapkan...Ya Allah...hanya Dikau yang mengetahui segala....Amin....

Benci betul lah...

Benci tau...naper mesti ader jer orang yang mengganggu ketenteraman hidupku...kenapa orang tak bleh tengok aku bahagia...atau memang aku yang ditakdirkan tidak boleh bahagia....setiap kali aku bahagia mesti ada jer badai yang datang bertandang....tapi sampai bila...salahkah diriku...mungkin itu takdir hidup ku...:(

Saturday, August 29, 2009

SediH nYa.....

Setiap kali aku sakit, aku ditindas or dimarahi pasti aku mimpi arwah mak datang...malam tadi (30 Ogos) aku sakit perut yang amat sangat...memang dah lemah badan nie rasanyer...tapi apa kan daya nak mengadu pada siapa...semua sedara jauh-jauh...masing-masing ader tanggungjawab sendiri...lagi pun aku malas nak menyusahkan orang...sebelum nie pun aku kena marah ngan abangku...pasal project final aku...mungkin mak tau kot yang aku dalam kesusahan...tapi apa kan daya, mak hanya datang dalam hayalan bukan reality...mak terima kasih datang jenguk lin...mak, lin rindu kat mak...sekarang kalau lin ada masalah, tak tau nak cakap dan ngadu kat siapa lagi...dia orang tahu nak marah jer...bukan nak tanyer apa masalahnya...mak, lin rase mcm lambat sangat nak abis...lin nak tunaikan hajat mak...mak doakan lin yer...lin tak akan tunjukkan pada orang sekiranya lin ada masalah...lin lebih suka berdiam diri...hanya mak yang tahu sbb tu mak datang kan....terima kasih mak...lin syg mak...

Thursday, August 27, 2009

KeSaBaRaN....

Hari-hari yang berlalu aku lalui dengan penuh kesabaran...walaupun hatiku tetap terguris namun aku cuba untuk menyembunyikan keadaan...biarlah orang nampak aku gembira, sedangkan hakikatnya hati aku benar-benar terluka....luka yang tiada ubatnya...biarlah aku yang mengetahui hakikat yang sebenarnya...padaku apa yang penting, aku cuba buat yang terbaik untuk diriku ini...biarlah dia dengan lakonannya, karekternya...mungkin itu satu keperluan untuknya...aku berharap, semoga lakonan tu tidak kemana malahan memakan dirinya sendiri...insyaallah...doa-doa orang yang teraniaya dan yatim lebih cepat diterima oleh Allah..

Monday, August 24, 2009

TiGa HaRi SuDah BeRLALu

Diam tak diam sudah tiga hari Ramdhan berlalu...tanpa kita sangka begitu cepat perjalanan hidup kita ini...Begitulah juga perjalanan yang akan kita tempuhi di masa hadapan...sebagai manusia kita harus menempuh segala cabaran dan dugaan itu...cuma apa yang penting di sini ialah ketabahan seseorang itu untuk melalui ranjau dan liku2 itu...sebagai manusia juga, janganlah sekali-kali kita melukai hati insan lain...kerana pada masa ini, setiap balasan itu akan dikenakan di atas dunia jugak...tidak perlu tunggu di akhirat....oleh itu, marilah kita insaf dari segala kesalahan yang kita lakukan....

Friday, August 21, 2009

Kenaper Yek????

Kenaper yek manusia suka bercakap bohong...mengaper tak berkata yang sejujurnye...salah ker kalau berkate yang jujurnye..kan bagus ade sifat keikhlasan dan kejujuran dalam diri manusia itu...kerana itu lebih berkat dan diredhai Allah...Sesungguhnye doa-doa orang yang teraniaya dan yatim itu lebih diterima oleh Allah...Berbaik-baiklah kamu sesama manusia dan janganlah kamu sentiase menyakiti hati insan lain kerana setiap luke yang berdarah pada hati insan yang teraniaya itu adalah satu keberkatan disuatu hari nanti...kerana manusia tidak selalu duduk di menara dan kadang-kala manusia itu pasti akan berada dibawah jugak...mudah-mudahan ape yang berlaku dapat dijadikan ikhtibar dimase depan dan tidak akan berulang lagi...namun ape yang penting segala yang berlaku belum boleh dimaafi lagi...

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak...



Semoga Ramadan kali ini membawa seribu makna dan sejuta pengertian dalam diri kita...Kehadiran Ramadan merupakan satu penantian yg sangat-sangat ditunggu oleh setiap umat Islam...Oleh itu, marilah kita mengecapinya dengan sebaik mungkin...

Anak Buah Lagi...

gambo Tak Clear...Pakai Handpone jer...



Bapa Mithali...huhuh serupa tapi x sama

Kenangan bersama Baby...


BaBy AqIlah bersama mamanya...lesung pipitmu dalamnya

KeNaNgan Di PesTa KonVo UKM

Muka Tengah Penat...



Semoga Dapat Mengecapi Situasi sebegini









Saturday, August 15, 2009

Kenangan bersamamu sayang

Bersama Anak Buahku



SEsi FoTografi Viscom Di Studio Yusof Ahmad UPSI
Kuharap Kemesraan berkekalan
(balik dr Majlis Persatuan Sejarah Malaysia)





Serupa tapi x sama

Hanya Aku dan Dia


Thursday, August 13, 2009

MeMbEr In AdVeRtIsInG (VISCOM)

Masing-masing dah Penat...



VISCOM SEM 7/09

Advertising Members




Tuesday, August 11, 2009

Hari Ini dan Semalam...

Mengapa dalam diam ada luka...? mengapa luka itu menyakitkan...? Bagaimanakah cara mengubatinya...? Mungkinkah luka itu berdarah kembali...? Adakah ia lebih menyakitkan...? ITULAH MANUSIA YANG HIDUP PENUH DENGAN PERSOALAN....

Friday, August 7, 2009

Tahniah Sayang

Tahniah SAYANG...kerana tabah menghadapi segala ujian dan dugaan selama ini...walau apapun terjadi, lynn tetap memberi dorongan atas apa yang hendak dilakukan..sekiranya ia untuk kebaikan...Biar apa pun orang kata kita...namun lynn menyayangimu..kerana setiap apa yang diperkatakan itu akan menerima balasannya suatu hari nanti...yang penting kita kekalkan Keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesefahaman dan ketakwaan dalam diri kita masing-masing..

Kembali Semula...

Setelah seminggu diberikan cuti akibat H1N1, maka dengan syukurnya, bermulalah semual alam perkuliahan...banyak juga kerja yang tertangguh...tapi nak buat macam mana...semua yang berlaku itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T...Selagi manusia itu bernafas, selagi itu tuhan akan memberikan pelbagai ujian buat umatnya...bkn apa, segala untuk menguji kesabaran dan ketakwaan kita...tapi sebagai manusia biasa,..sememangnya kita tidak boleh terlepas dari keluhan-keluhan yang dilemparkan terhadap segala ujian-ujian itu... apa yang penting disini...Setiap apa yang berlaku pasti ada khikmahnya...bagitu juga sesama manusia...sekali seseorang itu dicerca dan dikeji, maka berlipat ganda pahala yang diperolehi dan berlipat ganda juga hikmah yang diterima...sekiranya seseorang manusia itu pandai menjaga hati dan perasaan orang lain maka hati dan perasaannya sentiasa akan dilindungi dan mendapat ketenangan...Oleh itu...sebelum mengutarakan sesuatu, berfikirlah sejuta kali...kerana kadangkala apa yang keluar itu lebih pedih dari tusukan pedang dan lebih berbisa dari sengatan kala jengking...ingatlah wahai manusia...kita tidak selalu berada diatas...sekiranya kita jatuh, barulah kita akan mengetahui bagaimana rasanya seseorang yang dianiaya ketika itu.