THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Thursday, September 25, 2008

Kejujurun susah dicari

Kenape kejujurun insan sangat sukar dicari ketika ini...bagaimana ingin mengenal insan yang jujur pada kite...mengapa ramai manusia yang terlalu hipokrit sekarang...mereka dengan rela dan tidak langsung rasa bersalah melakukan pembohongan...sampai bila perkara ini harus berlaku...dan kebiasaannya mangsanya adalah insan yang bernama wanita...

Wednesday, September 24, 2008

Kenape jadi begini...

Kenapa harus begini jadinya...Kenapa ia berlaku...sampai bilakah harus begini nasibku

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Raya Adilfitri....



Selamat Hari Raya Adilfitri...

Buat semua yang mengenali diriku...Kususun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian semua...segala salah dan silap harap dapat diampunkan..

Buat yang tersayang...

Kahadiranmu membawa seribu makna buatku... segala salah dan silapku selama ini, harap diampunkan...Daku sentiasa mengharapkan keampunan darimu Sayang...

Monday, September 22, 2008

Sayang



SAYANG....

Ketahuilah bahawa dihatiku hanya ada dikau..

Kaulah permata hatiku dikala suka dan duka..

Kehadiranmu membawa seribu makna dalam hidupku kini...

Tapi sampai bilakah harus aku menanti...

Terima kasih SAYANG...

Kerana membawa keceriaan dikala diriku dalam kedukaan

Membawa sinar dikala kegelapan...terima kasih sayang...

Kenape manusia x pernah faham...

Kenape kita asyik kena tindas ajer...adakah kite terlalu mengalah...terlalu mengambil hati...atau sebaliknya...apakah yang harus dilakukan sekiranya ini terjadi pada anda...jika susu yang kite bagi...tapi kenape tuba yang kite terima...
Kenapa manusi itu tak pernah faham hati dan perasaan kiter...kenape kite yang harus faham perasaan mereka sahaja...di mana silapnya...????

Friday, September 19, 2008

KELIRU....

Adakah aku yang bersalah...dimanakah silapku...katakanlah...jika kau tak menyatakannya...Bagaimana harusku mengetahuinya...Errmmm...entahlah...aku keliru dengan keadaan sekarang...aku bosan... aku benci...apa salahku...

Thursday, September 18, 2008

Kehilangan lagi

Hari ini, aku kehilangan seseorang yang boleh aku anggap pengganti kepada arwah mak aku dan aku rasa tempat bapaku mengadu masalah...semalam aku kehilangan Pak Ngah dan kini Mak Long pula...Aku betul2 tergaman dengan berita ini...Aku kasihan dengan bapaku..Mak Long adalah tempat bapaku mengadu masalah dan bermanja setelah pemergian arwah mak 2 tahun yang lepas...tahun ini aku kehilangan 3 orang permata...Abang...Pak Ngah...Mak Long...pemergian mereka hanya beza beberapa bulan sahaja dan bagi Pak Ngah dan Mak Long pula hanya sehari je bezanya...tu yang buat aku betul-betul terperanjat sehingga aku hilang tumpuan bagi membuat kerja...
Aku kena tabah...walaupun hakikatnya aku bukan setabah ini...mungkin Allah lebih menyayangi mereka...pemergian mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu rahmat...AL_FATIHAH buat arwah-arwah...AMIN...

Tanggal 18 September...

Macam biasa...aku pergi ke kelas Advertising...tapi aku gi lah awal sikit coz nak hanto assigment sejarah...lepas hanto assigment tu, aku terus gi kelas...tapi kat lab tu x der org...kenape yek????persoalan bermain difikiran...tunggu punya tunggu sampailah kul 2.45 tapi lecture tak datang...tak lame kemudian ...budak2 lelaki pun datang...dia org bawak berita sedih..dia kater lecture tu dah x mau ajo kite lagi sbbnya, dia dah pegang byk kelas so x larat...aku ckplah ngan bebudak nie...so ape jadi ngan kite?????
Aku tel lecture tu...dia kater kelas batal lak..pastu dia kate...x tau citer ker? aku wat2 tak tau.....dia kater x pelah...nanti saya bagi tau masalahnya...so aku n the geng pun balik umah...
tapi aperlah yang akan jadi ngan kiter...terdapat perngasingan pendapat kat cini...yang group kiter lebih suka jd cikgu...yang group lain lebih suka kerja kat industry...so pertelingkahan minda tercetus kat cini...yang jadi masalahnya..kiter semua yang nak jadi cikgu nie..terumbang-ambing....dimanakah silap nyer....siapa yg harus dipersalahkan....issshhhhh...problem2....

Tuesday, September 16, 2008

HIKMAH KEMATIAN

Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahwa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahwa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Sampai Bila...

Mengapa....hidup kite
Terlalu..banyak halangan....
Mengapa hidup ini terlalu banyak dugaan
Sampai bilakah... Hidup aku harus begini
Sampai bilakah...harus aku menghadapinya...
Dugaan demi dugaan...
Mengapa aku harus diuji sedemikian rupa...
Adakah Tuhan mahu menilai sejauhmanakah
Kekuatan diriku...atau sebaliknya....

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluarumpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat:

- Qulhuwallahu ahad.. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
- Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
- Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut..
- Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
- Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut.
- Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir
solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru daripihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telahmenjadipemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnyaiaadalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribukesanggupan kita sehari.

RAHMAT DAN KEINDAHAN ISLAM

RAHMAT DAN KEINDAHAN ISLAM


Dalam menghadapi liku-liku perjuangan,keimananlah sesungguhnya yang mampu menjadi pendorong untuk kita terus melangkah maju dan menyingkirkan nilai putus asa.
Dalam menempuh ranjau cabaran, kesabaran pula yang menjadi benteng yang kukuh agar kita tidak mudah lumpuh di tengah-tengah perjuangan hidup.

Dalam mencari hiasan hidup, maka sesungguhnya per-hiasan taqwalah yang menjadi perhiasan terbaik yang mampu memancarkan keindahan Islam. Pakaian iman dan perhiasan ketaqwaan sebenarnya menjadi hiasan yang paling indah dalam kehidupan setiap insan.

Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu kita amalkan secara keseluruhan.

Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran agar kita menerima kebenaran dan ajaran Islam secara menyeluruh sepertimana firman Allah yang bermaksud:-
"Masuklah ke dalam Islam secara Kaafah atau secara keseluruhan".

Ayat ini menegaskan bahawa nilai-nilai ajaran Islam hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan kita. Ajaran Islam tidak boleh diamalkan secara berpilih-pilih. Diamalkan sebahagian, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan. Perbuatan ini boleh mendatangkan azab dan kehinaan daripada Allah s.w.t.

Ada segelintir manusia yang cuba melihat Islam daripada luar, lalu mereka melabelkan dan menggambarkan Islam dengan gambaran-gambaran yang salah dan amat mengelirukan. Mereka dengan mudah menyamakan Islam dengan kegiatan-kegiatan ganas, militan dan anti kepada kemajuan sehingga tidak terlihat di sana keindahan Islam.

Golongan ini samalah seperti orang yang cuba mentafsir rasa madu, tetapi mereka belum pernah meminum madu, sehingga dengan mudah mengatakan madu itu masam atau masin atau pahit rasanya seperti hempadu.

Ada juga di kalangan mereka yang telah merasai madu tetapi oleh kerana sifat degil dan penentangan mereka terhadap Islam, maka keindahan Islam mereka dustai dengan pelbagai pendustaan.

Rahmat dan kein-dahan Islam hanya akan dapat dinikmati sekiranya seluruh aspek kehidupan manusia bergerak di bawah landasan Islam. Sebuah keluarga akan dapat menikmati keindahan Islam, jika rumah tangga berkenaan terurus dengan ciri-ciri kekeluargaan Islam. Sebuah masyarakat, sebuah organisasi, malah sebuah negara pasti akan dapat menikmati rahmat dan keindahan Islam jika masyarakat, organisasi dan negara berkenaan terjana dengan nilai-nilai ajaran Islam dalam kehidupan bersiasah, berekonomi, menjalankan aspek pendidikan dan mengatur kehidupan sosial.

Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang maha suci ini. Allah s.w.t. berfirman tentang rahmat yang hadir bersama terutusnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Firman-Nya dalam surah al-Anbiya, ayat 107: Maksudnya
"Dan tidak Kami utus engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam".
Ayat ini mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. terutus dengan membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara rahmat yang dibawa oleh Junjungan s.a.w. yang memancarkan keindahan Islam ialah:

Pertama, rahmat dan keindahan akidah serta syariah Islamiah yang mengatur kehidupan manusia sehingga dengan kehidupan yang berpandukan akidah dan syariah Islam itu manusia mampu menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.

Kedua, rahmat dan kein-dahan akhlak yang bertunjangkan keindahan dan keunggulan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mana dengan menterjemahkan nilai-nilai akhlak itu dalam menjalani kehidupan, pasti keindahan dan rahmat Islam akan melimpah dengan memberi kebahagiaan dan ketenangan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Ketiga, rahmat yang di-ajarkan Islam dengan terjananya nilai persaudaraan yang memancarkan nilai kasih sayang,bersefahaman, bekerjasama, bermuafakat dan bersatu padu.
Indahnya Islam kerana tidak menyukai hidup bersengketa dan bermusuhan. Indahnya Islam kerana membenci kehidupan yang bercalar dengan hasad dengki, fitnah memfitnah, berprasangka dan saling berdendam.

Keempat, rahmat dan indahnya Islam kerana menganjurkan nilai kemanusiaan sesama insan dengan saling hormat menghormati, bertole-ransi dan memelihara hak masing-masing. Rahmat kasih dan nilai ihsan juga dapat dirasai oleh makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Sehingga dengan menunaikan hak dan tanggungjawab se-bagai manusia muslim, maka tiadalah ter- jadi penindasan peng-aniayaan dan pencemaran alam sekitar.

Oleh itu marilah bersama-sama kita hayati keindahan Islam dengan mengamalkan segala ajarannya yang terpancar menerusi al-Quran dan Sunnah Junjungan s.a.w. Keindahan Islam dinikmati kerana kita berpegang dengan akidah, menjalani hidup berpandukan syariah dan bergaul sesama insan de-ngan akhlak Islamiah yang indah seperti menjaga hak saudara dan berkasih sayang serta hormat menghormati.

Penat....Nyerrrrrrrrr...

Hari penatlah...nak tulis pun letih jer...naper yek...mata pun ngantuk...

Monday, September 15, 2008

Syukur...

Alhamdullillah....
Siap jugak aku memendekkan esei Sejarah Malaysiaku...aduhai penat gak..mula-mula pening gak nak pendekkan...bukan senang....mula-mula tanyer ok...tapi lepas tu tanye kena marah...huuhuhuhuhuhu...terus tak mau tanyer lagi...cikgu marah...anak murid takut dan terus buat sendiri...nasib badan....coooobaaaan...bukan senang nak nuntut ilmu nie...susah senang, hanya aku yang tahu...aku bukan jenis yang suka ambik kesempatan atas kelebihan orang lain...lebih baik aku wat sendiri....sekurang-kurangnya orang akan respect aku...kalu aku harap pada orang...aku dapat aper? kalau betul ker .....salah ker....yang penting aku usaha sendiri...itu prinsip hidup aku...orang nak kater aku sombong ker....aper ker....biak pi lah...janji aku tak kacau hidup orang dan aku harap orang tak kacau hidup aku gak...
Walaupun orang kater aku senang jer...tapi dia orang tak tau...aku pun macam insan lain jugak...kalu aku cakap pun bukan dia orang faham...so biaolah aku hadapi nyer sendiri... tak der faedahnya kalu aku cakap pada orang yang tak faham kedudukan sebenonya...betul tak...?

Sunday, September 14, 2008

Insan Misteri...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadirnya cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendampinginya
Keramahan..Kesopanannya memikat hatiku
Mendamaikan jiwaku yang resah ini...
Kekuatan pegangan agamanya
Sumber inspirasiku...
Membawa suatu transformasi...
Merealisasikan impianku dan...
Mengubah kehidupanku....
Walaupun adakalanya menyakitkan
Namun dia hanya manusia biasa
Yang tidak lepas dari kesilapan...
yaAllah jika dia benar untukku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Tabahkan lah hatiku dengan ketentuanmu
Dialah permata yang dicari selama ini baru kutemui,
Tapi ku tak pasti rencana ilahi
Apakah ia milikku
Andainya dirinya bukan untuk ku
Aku redha ....
Hatiku tabah dengan ketentuan MU
YaAllah Engkaulah tempat ku bergantung harapan ku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat MU…

Perang Dunia II

Perang Dunia II memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II merupakan serangan bom
Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Terasa Diri Ini Disayangi...



Walaupun tiada siapa yang mengetahui apakah isi hatimu...namun cukup bagiku apa yang kuperolehi sekarang...ku tak pernah mengharap sejuta kasih darimu... cuma cukuplah sebutir keihlasan, kejujuran,kesetiaan,kesefahaman dan kebahagian... yang kucari selama ini darimu...terima kasih sayang...

Tuesday, September 9, 2008

kenangan Di UMS


Gambar nie di ambil semasa meeting tentang bajau di Universiti Malaysia Sabah...mase tu rase macam diri ini dihormati krn layanan yang baik...insyaallah kalau ader rezeki bulan disember ni akan pergi ke Serawak...buat citer pasal Orang Iban...huuhhuhu..best nyer...tapi penat gak...

Keliru


Kadang-kadang rase diri ni tak dihargai langsung...buat baik pun kite kena...kalu buat jahat lagilah kan2...Kadang-kadang rase diri nie macam mengharap pada yang tak sudi...

Mengharap kasih yang belum pasti...tapi sampai bila harus begini...siapa yang bersalah...aku penat...penat...penat...adakah ini suatu reality atau fantasi...di mana sebenarnya kedudukan aku sekarang...diriku ibarat sebuah kapal yang tiada nakhoda...seperti burung kepatahan sayap...entahlah...aku juga ibarat daun kering yang berterbangan di udara....mungkin dugaan untuk diriku...tapi mengapa aku yang harus terima semua ini....


Untuk Renungan bersama...

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.' * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Terjemahan talkin

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.

Monday, September 8, 2008

Assigment...Assigment...

Bilalah assigment nak abis nie...poning dah kepole oden nie...nasib baik yang esei semua dah siap..cume nak edit jer...nie yang satu kes lagi nie...dahlah praktikal sem 7, banyak subjek nak dibawa... dah lah mase tu sem pendek...pasti kelam kabut dibuat nyer...kalu ader perubahan sistem, cubalah habak awal-awal cikit...so tak lah poning kepala...projek final lagi...tapi bile difikir-fikirkan balik, mungkin ader hikmah disebalik kejadian tu...betul tak kekawan...huhuhheheahhah

walaupun penat...sempat lagi possing


Gambo nie diambil mase nak wat shooting pasal Panorama Picture...Jalan kaki ngan sariza dari Masjid Jamek sampai Tasik Perdana....Konon nak dapat yang terbaik...last2 kerja kita tak pernah dihargai...dahlah penat, sampai demam-demam balik dari shooting tu...ader pulak yang kater dia yang shooting...x perlah..nak wat cam maner...kiter nie sentiasa ditindas...tak perlah..tuhan tu maha melihat apa yang insannya lakukan...betul tak...

Saturday, September 6, 2008

sayang...


sayang...sampai bila harus diriku begini...berapa lama lagi harusku menanti dirimu....
Apakah penghujungnya cerita kita ini...kebahagiankah?...atau sebaliknya...hanya tuhan yang tahu betapa setianya diriku kepadamu...tapi adakah dikau mempunyai perasaan yang sama...hanya Tuhan yang tahu...Ku hanya mengharap dikau ikhlas menerima diriku...

kedamaian baru bermula

Semoga apa yang Kucari selama ini akan Kutemui..