Kenape kejujurun insan sangat sukar dicari ketika ini...bagaimana ingin mengenal insan yang jujur pada kite...mengapa ramai manusia yang terlalu hipokrit sekarang...mereka dengan rela dan tidak langsung rasa bersalah melakukan pembohongan...sampai bila perkara ini harus berlaku...dan kebiasaannya mangsanya adalah insan yang bernama wanita...
Thursday, September 25, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Kenape jadi begini...
Kenapa harus begini jadinya...Kenapa ia berlaku...sampai bilakah harus begini nasibku
Posted by Anggerik putih at 10:24 AM 0 comments
Tuesday, September 23, 2008
Selamat Hari Raya Adilfitri....
Selamat Hari Raya Adilfitri...
Buat semua yang mengenali diriku...Kususun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian semua...segala salah dan silap harap dapat diampunkan..
Buat yang tersayang...
Kahadiranmu membawa seribu makna buatku... segala salah dan silapku selama ini, harap diampunkan...Daku sentiasa mengharapkan keampunan darimu Sayang...
Posted by Anggerik putih at 9:21 AM 0 comments
Monday, September 22, 2008
Sayang
SAYANG....
Ketahuilah bahawa dihatiku hanya ada dikau..
Kaulah permata hatiku dikala suka dan duka..
Kehadiranmu membawa seribu makna dalam hidupku kini...
Tapi sampai bilakah harus aku menanti...
Terima kasih SAYANG...
Kerana membawa keceriaan dikala diriku dalam kedukaan
Membawa sinar dikala kegelapan...terima kasih sayang...
Posted by Anggerik putih at 10:45 AM 0 comments
Kenape manusia x pernah faham...
Kenape kita asyik kena tindas ajer...adakah kite terlalu mengalah...terlalu mengambil hati...atau sebaliknya...apakah yang harus dilakukan sekiranya ini terjadi pada anda...jika susu yang kite bagi...tapi kenape tuba yang kite terima...
Kenapa manusi itu tak pernah faham hati dan perasaan kiter...kenape kite yang harus faham perasaan mereka sahaja...di mana silapnya...????
Posted by Anggerik putih at 10:22 AM 0 comments
Friday, September 19, 2008
KELIRU....
Adakah aku yang bersalah...dimanakah silapku...katakanlah...jika kau tak menyatakannya...Bagaimana harusku mengetahuinya...Errmmm...entahlah...aku keliru dengan keadaan sekarang...aku bosan... aku benci...apa salahku...
Posted by Anggerik putih at 5:18 AM 0 comments
Thursday, September 18, 2008
Kehilangan lagi
Hari ini, aku kehilangan seseorang yang boleh aku anggap pengganti kepada arwah mak aku dan aku rasa tempat bapaku mengadu masalah...semalam aku kehilangan Pak Ngah dan kini Mak Long pula...Aku betul2 tergaman dengan berita ini...Aku kasihan dengan bapaku..Mak Long adalah tempat bapaku mengadu masalah dan bermanja setelah pemergian arwah mak 2 tahun yang lepas...tahun ini aku kehilangan 3 orang permata...Abang...Pak Ngah...Mak Long...pemergian mereka hanya beza beberapa bulan sahaja dan bagi Pak Ngah dan Mak Long pula hanya sehari je bezanya...tu yang buat aku betul-betul terperanjat sehingga aku hilang tumpuan bagi membuat kerja...
Aku kena tabah...walaupun hakikatnya aku bukan setabah ini...mungkin Allah lebih menyayangi mereka...pemergian mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu rahmat...AL_FATIHAH buat arwah-arwah...AMIN...
Posted by Anggerik putih at 6:34 PM 0 comments
Tanggal 18 September...
Posted by Anggerik putih at 1:59 AM 0 comments
Tuesday, September 16, 2008
HIKMAH KEMATIAN
Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahwa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Posted by Anggerik putih at 6:56 PM 0 comments
Sampai Bila...
Mengapa....hidup kite
Terlalu..banyak halangan....
Mengapa hidup ini terlalu banyak dugaan
Sampai bilakah... Hidup aku harus begini
Sampai bilakah...harus aku menghadapinya...
Dugaan demi dugaan...
Mengapa aku harus diuji sedemikian rupa...
Adakah Tuhan mahu menilai sejauhmanakah
Kekuatan diriku...atau sebaliknya....
Posted by Anggerik putih at 10:16 AM 0 comments
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluarumpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat:
- Qulhuwallahu ahad.. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
- Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
- Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut..
- Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
- Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut.
- Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir
solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru daripihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telahmenjadipemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnyaiaadalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribukesanggupan kita sehari.
Posted by Anggerik putih at 9:49 AM 0 comments
RAHMAT DAN KEINDAHAN ISLAM
RAHMAT DAN KEINDAHAN ISLAM
Dalam menghadapi liku-liku perjuangan,keimananlah sesungguhnya yang mampu menjadi pendorong untuk kita terus melangkah maju dan menyingkirkan nilai putus asa.
Dalam menempuh ranjau cabaran, kesabaran pula yang menjadi benteng yang kukuh agar kita tidak mudah lumpuh di tengah-tengah perjuangan hidup.
Dalam mencari hiasan hidup, maka sesungguhnya per-hiasan taqwalah yang menjadi perhiasan terbaik yang mampu memancarkan keindahan Islam. Pakaian iman dan perhiasan ketaqwaan sebenarnya menjadi hiasan yang paling indah dalam kehidupan setiap insan.
Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu kita amalkan secara keseluruhan.
Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran agar kita menerima kebenaran dan ajaran Islam secara menyeluruh sepertimana firman Allah yang bermaksud:-
"Masuklah ke dalam Islam secara Kaafah atau secara keseluruhan".
Ayat ini menegaskan bahawa nilai-nilai ajaran Islam hendaklah diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan kita. Ajaran Islam tidak boleh diamalkan secara berpilih-pilih. Diamalkan sebahagian, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan. Perbuatan ini boleh mendatangkan azab dan kehinaan daripada Allah s.w.t.
Ada segelintir manusia yang cuba melihat Islam daripada luar, lalu mereka melabelkan dan menggambarkan Islam dengan gambaran-gambaran yang salah dan amat mengelirukan. Mereka dengan mudah menyamakan Islam dengan kegiatan-kegiatan ganas, militan dan anti kepada kemajuan sehingga tidak terlihat di sana keindahan Islam.
Golongan ini samalah seperti orang yang cuba mentafsir rasa madu, tetapi mereka belum pernah meminum madu, sehingga dengan mudah mengatakan madu itu masam atau masin atau pahit rasanya seperti hempadu.
Ada juga di kalangan mereka yang telah merasai madu tetapi oleh kerana sifat degil dan penentangan mereka terhadap Islam, maka keindahan Islam mereka dustai dengan pelbagai pendustaan.
Rahmat dan kein-dahan Islam hanya akan dapat dinikmati sekiranya seluruh aspek kehidupan manusia bergerak di bawah landasan Islam. Sebuah keluarga akan dapat menikmati keindahan Islam, jika rumah tangga berkenaan terurus dengan ciri-ciri kekeluargaan Islam. Sebuah masyarakat, sebuah organisasi, malah sebuah negara pasti akan dapat menikmati rahmat dan keindahan Islam jika masyarakat, organisasi dan negara berkenaan terjana dengan nilai-nilai ajaran Islam dalam kehidupan bersiasah, berekonomi, menjalankan aspek pendidikan dan mengatur kehidupan sosial.
Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang maha suci ini. Allah s.w.t. berfirman tentang rahmat yang hadir bersama terutusnya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Firman-Nya dalam surah al-Anbiya, ayat 107: Maksudnya
Pertama, rahmat dan keindahan akidah serta syariah Islamiah yang mengatur kehidupan manusia sehingga dengan kehidupan yang berpandukan akidah dan syariah Islam itu manusia mampu menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.
Kedua, rahmat dan kein-dahan akhlak yang bertunjangkan keindahan dan keunggulan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mana dengan menterjemahkan nilai-nilai akhlak itu dalam menjalani kehidupan, pasti keindahan dan rahmat Islam akan melimpah dengan memberi kebahagiaan dan ketenangan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Ketiga, rahmat yang di-ajarkan Islam dengan terjananya nilai persaudaraan yang memancarkan nilai kasih sayang,bersefahaman, bekerjasama, bermuafakat dan bersatu padu.
Indahnya Islam kerana tidak menyukai hidup bersengketa dan bermusuhan. Indahnya Islam kerana membenci kehidupan yang bercalar dengan hasad dengki, fitnah memfitnah, berprasangka dan saling berdendam.
Keempat, rahmat dan indahnya Islam kerana menganjurkan nilai kemanusiaan sesama insan dengan saling hormat menghormati, bertole-ransi dan memelihara hak masing-masing. Rahmat kasih dan nilai ihsan juga dapat dirasai oleh makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Sehingga dengan menunaikan hak dan tanggungjawab se-bagai manusia muslim, maka tiadalah ter- jadi penindasan peng-aniayaan dan pencemaran alam sekitar.
Oleh itu marilah bersama-sama kita hayati keindahan Islam dengan mengamalkan segala ajarannya yang terpancar menerusi al-Quran dan Sunnah Junjungan s.a.w. Keindahan Islam dinikmati kerana kita berpegang dengan akidah, menjalani hidup berpandukan syariah dan bergaul sesama insan de-ngan akhlak Islamiah yang indah seperti menjaga hak saudara dan berkasih sayang serta hormat menghormati.
Posted by Anggerik putih at 3:06 AM 0 comments
Penat....Nyerrrrrrrrr...
Hari penatlah...nak tulis pun letih jer...naper yek...mata pun ngantuk...
Posted by Anggerik putih at 12:15 AM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Syukur...
Alhamdullillah....
Siap jugak aku memendekkan esei Sejarah Malaysiaku...aduhai penat gak..mula-mula pening gak nak pendekkan...bukan senang....mula-mula tanyer ok...tapi lepas tu tanye kena marah...huuhuhuhuhuhu...terus tak mau tanyer lagi...cikgu marah...anak murid takut dan terus buat sendiri...nasib badan....coooobaaaan...bukan senang nak nuntut ilmu nie...susah senang, hanya aku yang tahu...aku bukan jenis yang suka ambik kesempatan atas kelebihan orang lain...lebih baik aku wat sendiri....sekurang-kurangnya orang akan respect aku...kalu aku harap pada orang...aku dapat aper? kalau betul ker .....salah ker....yang penting aku usaha sendiri...itu prinsip hidup aku...orang nak kater aku sombong ker....aper ker....biak pi lah...janji aku tak kacau hidup orang dan aku harap orang tak kacau hidup aku gak...
Walaupun orang kater aku senang jer...tapi dia orang tak tau...aku pun macam insan lain jugak...kalu aku cakap pun bukan dia orang faham...so biaolah aku hadapi nyer sendiri... tak der faedahnya kalu aku cakap pada orang yang tak faham kedudukan sebenonya...betul tak...?
Posted by Anggerik putih at 10:38 AM 4 comments
Sunday, September 14, 2008
Insan Misteri...
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadirnya cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendampinginya
Keramahan..Kesopanannya memikat hatiku
Mendamaikan jiwaku yang resah ini...
Kekuatan pegangan agamanya
Sumber inspirasiku...
Membawa suatu transformasi...
Merealisasikan impianku dan...
Mengubah kehidupanku....
Walaupun adakalanya menyakitkan
Namun dia hanya manusia biasa
Yang tidak lepas dari kesilapan...
yaAllah jika dia benar untukku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Tabahkan lah hatiku dengan ketentuanmu
Dialah permata yang dicari selama ini baru kutemui,
Tapi ku tak pasti rencana ilahi
Apakah ia milikku
Andainya dirinya bukan untuk ku
Aku redha ....
Hatiku tabah dengan ketentuan MU
YaAllah Engkaulah tempat ku bergantung harapan ku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat MU…
Posted by Anggerik putih at 8:42 PM 0 comments
Perang Dunia II
Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Posted by Anggerik putih at 8:14 PM 0 comments
Terasa Diri Ini Disayangi...
Walaupun tiada siapa yang mengetahui apakah isi hatimu...namun cukup bagiku apa yang kuperolehi sekarang...ku tak pernah mengharap sejuta kasih darimu... cuma cukuplah sebutir keihlasan, kejujuran,kesetiaan,kesefahaman dan kebahagian... yang kucari selama ini darimu...terima kasih sayang...
Posted by Anggerik putih at 8:06 PM 0 comments
Tuesday, September 9, 2008
kenangan Di UMS
Posted by Anggerik putih at 6:25 AM 0 comments
Keliru
Posted by Anggerik putih at 6:10 AM 0 comments
Untuk Renungan bersama...
Posted by Anggerik putih at 3:19 AM 0 comments
Terjemahan talkin
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.
Posted by Anggerik putih at 3:15 AM 0 comments
Monday, September 8, 2008
Assigment...Assigment...
Bilalah assigment nak abis nie...poning dah kepole oden nie...nasib baik yang esei semua dah siap..cume nak edit jer...nie yang satu kes lagi nie...dahlah praktikal sem 7, banyak subjek nak dibawa... dah lah mase tu sem pendek...pasti kelam kabut dibuat nyer...kalu ader perubahan sistem, cubalah habak awal-awal cikit...so tak lah poning kepala...projek final lagi...tapi bile difikir-fikirkan balik, mungkin ader hikmah disebalik kejadian tu...betul tak kekawan...huhuhheheahhah
Posted by Anggerik putih at 8:43 PM 0 comments
walaupun penat...sempat lagi possing
Posted by Anggerik putih at 8:35 PM 1 comments
Saturday, September 6, 2008
sayang...
Apakah penghujungnya cerita kita ini...kebahagiankah?...atau sebaliknya...hanya tuhan yang tahu betapa setianya diriku kepadamu...tapi adakah dikau mempunyai perasaan yang sama...hanya Tuhan yang tahu...Ku hanya mengharap dikau ikhlas menerima diriku...
Posted by Anggerik putih at 4:59 AM 0 comments
kedamaian baru bermula
Semoga apa yang Kucari selama ini akan Kutemui..
Posted by Anggerik putih at 12:03 AM 0 comments