THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, April 29, 2009

Inikah Sebuah Kehidupan?



KEHIDUPAN...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.. HARAPAN YANG MENGGUNUNG DEMI SEBUAH CITA-CITA DAN IMPIAN...KEYAKINAN DAN KETABAHAN...DIKAULAH KUNCI SEGALANYA..

SeTteL KeJe...

Wah...! leganya bila major Advertising dah beres...bukan ape...aku rasa, semua yang memeningkan kepalaku selama ini dah terungkai...bkn kerana kerja yang diberikan tapi mengenai kerjasama yg tidak diberikan dari kalangan ahli kumpulan...tu yang buat aku jadi stress...kadang-kadang macam ada batu kat kepala nie, bila memikirkannya...tapi aku bertawakal jer...namun aku tetap berdoa semoga kejayaan yang diberikan buat kami...kerana hidup ini tidak semudah yang disangka...kehidupan memerlukan pengorbanan, pengorbanan itu satu mangkin buat kejayaan...manakala kejayaan itu pula satu input buat diri kita...

Monday, April 27, 2009

Hari YaNg MeNdEbaRkAn

Sok pikse ...lusa pun...pikse...tulat pun pikse....x abis2 pikse...penatlah...

Saturday, April 25, 2009

Terima Kasih..S :)

Terima kasih Sayang...kerana faham situasi lynn sekarang...Kerana membenarkan lynn buat assigment dengan Jack...TeRiMa KaSih Lynn UcApKaN SeKaLi LaGi..

SaMbUnG KeJa YaNg TaK SuDaH2

Hari nie,aku menyambung kerja yang x sudah-sudah...buat assigment major iaitu adevrtising...aku ngan Jack jer buat...nasib baik Jack tu sporting...senang nak ajak berunding dan tak berkira sangat...alhamdillah...aku edit dalam flash ajer coz laptop aku x bleh nak support software primear...apa bleh buat...wat jerlah...biar pun lambat tapi kalu hasil kerja kita yang lakukan...aku gembira...sampai tak sempat nak baca buku untuk final...huhuhuh...heheheh..nie kena pulun ckitlah...

Friday, April 24, 2009

KhAs BuAt MaK...

Mak...kesepian dan kesunyianku selama ini masih belum terubat lagi...sekiranya mentari pandai berkata-kata, sudah pasti ia mengetahui kesunyian ini....Seandainya, angin boleh berbicara, sudah pasti ia akan menyampaikan segala beritaku kepada mak...Mak..Seandainya, burung boleh berkicau sepanjang masa, sudah pasti ia akan cuba memberi keriangan buat hatiku yang kesunyian walaupun hakikatnya Sang Hati tahu hakikat yang sebenar...Mak, bilaku teringat akan dikau, pasti mutiara-mutiara kecil akan membasahi pipiku...namun akanku cuba untuk menyembunyikan keresahan hatiku...Namun sampai bila mak, harus diriku begini...Mak doakan segala kejayaan dan kebahagian diriku...Ku sentiasa mengiringi doa buat ketenangan Mak di sana...Amin...

DuGaAn SeTeRuSnYa..

Kini dugaan datang lagi...Yang mampuku katakan...Aku kena Kuatkan semangat demi untuk penuhi harapan arwah Mak...tak lupa jugak apak...Thanks god...Mommmm...you are very strong wife...but you go early...sory grammar broken...huhuh...

Thursday, April 23, 2009

PeNaNtian DeMi PeNanTiAn...?

Aduhai...terlalu lama rasanya penantian yang harus aku tempuhi...tapi sampai bilakah... Aku akan tetap menghitung hari, detik dan saat... Namun...Aku perlu tabah..yakin..sabar...bertawakal dengan apa saja dugaan hidup ini...Bagiku itu semua tidak pernah mematahkan harapanku untuk terus dan terus dan terus mengharunginya...Biarlah Rahsia yang menjadi memori hidupku...

Tuesday, April 21, 2009

LePaS SaTu ...

Hari nie lepas satu paper...ader 4 lagi menanti..dan terus menanti..

Saturday, April 18, 2009

PeRtEmPuRaN SeMaKiN HaMpiR

Perjuangan yang belum selesai...
Saat perjuangan ini sangat memerlukan sebuah kekuatan dan keyakinan di samping berbekalkan ketahanan mental dan fizikal...Ketabahan dalam mengharungi ranjau selama ini akan terlerai di atas helaian kertas yang sentiasa menantikan jawapan yang pasti daripada kita...segala jawapan akan terungkai seandainya kita mempunyai ilmu yang penuh didada dan kotak fikiran...jadi sama-samalah kita mengharunginya serta berusaha kearah kejayaan itu..

Thursday, April 16, 2009

KaU IdAmAnKu



Sesungguhnya nikmat dan pemberian tuhan itu satu hikmah yang tidak ternilai...Hargai pemberian tuhan itu kerana setiap pemberian itu juga merupakan satu rezeki...

Wednesday, April 15, 2009

CuBa DaN TeRuS MeNcUbA






Salam..kawan-kawan...

Exam dah semakin menghampiri kita...Marilah kita sama-sama berdoa dan bertawakal semoga kita dikurniakan kejayaan yang cemerlang pada semester nie..Insyaallah...AMIN...

Tuesday, April 14, 2009

HaNyA KiTa YaNg TaHu...

HANYA KITA YANG MENGETAHUI APA ITU, ERTI SEBUAH REALITI KEHIDUPAN DAN APA ITU SEBUAH KENANGAN YANG ABADI...IA TERSEMAT DI SANUBARI KITA SENDIRI DAN TETAP MENJADI RAHSIA YANG TERSEMBUNYI...

Tahniah SaYaNgKu...


Lynn Ucapkan tahniah buat SAYANG kerana sentiasa berada dikedudukan tertinggi dalam akedemik..Walaupun lynn tak dapat menandingi kehebatan SAYANG...Namun lynn bersyukur kerana ada insan yang sudi menerima lynn walaupun kedudukan kita tidak setaraf..SAYANG, lynn nak SAyAnG tahu...walau apa pun kedudukan yang ada pada sayang...bukan itu menjadi ukuran...lynn tak mau ada orang mengatakan yang lynn hanya kejar kedudukan..sbb bukan itu prinsip hidup lynn..biar apa pun kedudukan SAYANG yang penting lynn anggap sayang bukan sebagai orang yang berkedudukan dalam akademik mahupun persatuan...walaupun hakikatnya lain..Lynn hargai apa yang ada...semoga hubungan kita berkekalan dan tiada kekalutan di antara kita lagi...

Friday, April 10, 2009

BaCk To NoRmAl...

Setelah 2 hari aku tidak bertanya khabar n dia juga tidak bertanyer khabar, akhirnya..kekalutan pun berakhir...pertemuan antara empat pasang mata kami rancang...setelah diskusi selesai...kami besepakat untuk memaafkan kesalahan masing-masing dan mengakui setiap kelasahan yang dilakukan..Pada aku...apa yang penting dlm perhubungan itu adalah kejujuran..kesetiaan..kesefahaman..keikhlasan...dan sebagai pokoknya adalah ketakwaan..
Aku tak pernah memandang harta dan kedudukan...sebab bagi aku..aku rase perkara macam tu mudah untuk diperolehi dan pada aku itu cuma sementara dan tak pernah kekal..yang kekal adalah 5P..semoga tiada kekalutan lagi yang sehebat dugaan tempoh hari.. aku tahu, aku jenis orang yang cepat lembut hati dan mudah tersentuh...jadi memang aku akan cepat terasa jika ader perkara yang menguris perasaanku..apa-apa pun...
TeRiMa KaSiH TuHaN...

Sunday, April 5, 2009

DiMaNaKaH SiLaPkU

Hari ini, hari ulang tahun kelahiranku...aku berasa tidak sabar untuk meraikan bersama orang yang paling aku sayangi...Sepanjang hari hujan tanpa henti-henti...rupa-rupanya ia menandakan kesedihan yang bakal kuterima...Aku meraikan bersama sidia...sedang asyik kami menjamu selera, tiba-tiba segerombolan pelajar datang meraikan jamuan juga di tempat kami meraikan ulang tahun itu...Sidia tiba-tiba menjadi tidak ketentuan...katanya ada dalam kalangan mereka merupakan sahabatnya...belum pun habis makan, tiba-tiba sidia minta diri hendak mencuci tangan...aku biarkan...agak lama juga aku menunggu tapi sidia tak muncul-muncul...aku mula terfikir, kenapa dan mengapa ia berlaku...aku memberikan sms kepadanya..jawapan yang kuterima katanya dia ingin berehat sebentar...dia duduk agak jauh dari tempat dudukku..

Aku mula hilang sabar, mana tidaknya, sampai hati dia meninggalkan aku dalam masa yang agak lama sedangkan aku makan sendirian.. aku faham jika dia malu sekiranya sahabatnya melihat kami...dan mungkin juga untuk menjaga reputasinya di sini...tapi adakah salah sekiranya kami makan bersama...HANYA MAKAN BERSAMA...SALAHKAH..kenapa mesti nak malu...

Ia aku sedar mungkin dia malu sebab diri aku tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan kaum wanita yang ada di dalam kalangan sahabatnya itu...aku juga tidak secantik mana jika dibandingkan dengan wanita yang ada di situ...tapi aku nak dia tahu...kenapa mesti nak malu...bukan ada perkara yang mencurigakan yang kami lakukan...aku juga insan biasa yang punyai perasaan dan naluri kewanitaan...


Dalam kalangan mereka pun aku rasa, bukan baik sangat...mereka pun manusia biasa yang ada naluri dan keinginan..so, kenapa mesti nak masuk campur hal-hal peribadi orang lain...

Memang tidak dapat kunafikan lagi...pada ketika itu, hanya tuhan yang tahu, betapa kecewanya dan hancurnya hatiku....orang yang paling aku percayaai dan sayangi melakukan sedemikian terhadapku...kenapa selama ini tidak diluahkan kekurangan yang ada pada diriku...sehingga malu jika bersama aku ketika sehabat-sahabatnya ada...aku terus meminta pelayan membungkus makanan yang tidak mampu untuk aku jamah lagi...aku kecewa diperlakukan sedemikian..
Bayangkanlah...semester ini merupakan semester akhir aku dapat menyambut hari kelahiran dengan orang yang aku sayangi...tahun depan belum tentu dapat bersama kerana masing-masing dah bawa arah tujuan masing-masing...tak tau bila boleh meraikannya...bila boleh bertemu semula....bayangkanlah perasaanku ketika itu...

Aku mengharapkan hari ini hari yang penuh bererti buat kami...tapi tidak...aku cuma mengharapkan secebis kasih sayang dan perhatian lebih-lebih lagi di hari bersejarah ini...bukan pemberian duniawi...sudahlah, aku tak boleh nak meneruskan coretan ini...hatiku sangat-sangat terluka ketika ini..Namun terima kasih kuucapkan buatnya kerana sudi luangkan masa yang amat berharga buatku..

TeRiMa KaSiH...

Kepada kekawan yang mengucapkan Selamat Ulang Tahun..Terima Kasih..Semoga persahabatan kita semua berkekalan walaupun di mana kita berada...setiap suka duka kita, akan ku kenang sampai bila-bila...Good Luck For your final exam this semester...I HopE, EvErThInG Is OkEy...

Thursday, April 2, 2009

Aura Postif dan Negatif

Kita semua mungkin pernah mengalami situasi ini. Bertemu seseorang buat kalipertama dan tiba-tiba timbul sama ada perasaan kurang senang atau tidakselesa dengannya.Pada ketika yang lain pula, kita menjadi sebaliknya apabila sangat menyukaiseseorang walaupun baru mengenalinya.Segala tindak-tanduknya okey dan menyenangkan, penampilannya baik-baiksahaja di mata kita, bahkan kita boleh jatuh suka terhadap apa-apa sahajayang datang darinya.Dua contoh kes berbeza di atas menggambarkan adanya interaksi aura ataumedan tenaga di antara seseorang dengan yang lain.Ini kerana aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang disekelilingnya. Anda mungkin berasa tidak selesa kerana aliran tenaga yangkeluar adalah negatif.Cas negatif akan mempengaruhi raut wajah yang tidak berseri.

Aura terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini.Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya.Bagaimanapun, rata-rata dari kita tidak banyak yang ambil pusing tentangmedan tenaga tubuh masing-masing.Pakar Terapi Aura, Pusat Rawatan & Hidroterapi Batrysia, Dr. Ridzuan Noorberkata, aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat olehmata kasar.``Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atauwap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.``Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolismeyang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenagayang terdiri daripada ion positif dan ion negatif,'' katanya.Menurutnya, walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telurraksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia,haiwan serta tumbuhan yang hidup.Aura, di dalam sejarah telah digambarkan dalam bentuk lukisan dan sasteraseperti halo atau lingkaran cahaya yang dilukis di atas kepala bidadari atauorang-orang yang kuat beragama serta baik.Bahkan, ada juga yang membayangkan, lapisan aura yang terdiri daripadawarna-warna pelangi boleh mencapai lingkungan yang sangat besar padaindividu yang mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi.Itu juga dijadikan alasan bagaimana mereka boleh mengumpul begitu ramaipengikut atau para penyokong, kerana auranya yang lebih besar dan luas.Penyelidikan mengenai aura manusia telah bermula sejak awal kurun ke-19apabila seorang profesor dari Rusia iaitu S Kirlian membangunkan suatu alatfotografi bertekanan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kakimanusia.Teknologi itu kemudiannya dikenali dengan nama Fotografi Kirlian.

Dan kini,aura boleh dilihat dengan lebih mudah menggunakan kamera inframerah yangboleh didapati di kedai-kedai gambar.Melihat aura secara langsung bagaimanapun lebih kepada kebolehan spirituilyang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan.Malah, terdapat para pengamal terapi yang menawarkan latihan bagimeningkatkan kepekaan dan pencahayaan mata bagi membolehkan seseorangmelihat aura sendiri mahupun orang lain, secara langsung (tanpa pengantaraankamera).Terapi aura, salah satu cabang perawatan alternatif yang berasal dari Jermanitu kian mendapat tempat di hati khalayak Barat.Dr. Ridzuan berkata, semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, auraboleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahapkerohanian seseorang.Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapatberita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya,bocor.

Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukuprehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.``Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalamtubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masukadalah positif,'' katanya.Tambah beliau, aura merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yangbertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan,seterusnya mengesan penyakit.Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahanwarna yang berbeza.``Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal,cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannyamenjadi tipis, gelap dan berbonjol.``Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semulaaura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya,'' ujar Dr.Ridzuan.Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jikaotak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah.Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung,seluruh badannya menjadi sihat.``Jadi, untuk memastikan otak sentiasa kuat, kena pastikan tenaga kita kuat.``Sekiranya mahu memastikan tenaga yang kuat, aura atau perisai ataumagnetik elektromagnetik pun mestilah kuat. Itu asasnya,'' katanya.Tujuh warna pelangiAura meliputi tujuh warna pelangi. Apabila mengalami kebocoran, warna auraakan rosak dan tidak mengikut aturannya.``Satu contoh menarik yang biasa terjadi jika seseorang mendapat penyakitbeguk, petuanya adalah dengan menyapukan nila.``Memang kawasan leher mempunyai aura berwarna biru. Tidak kira apa bahannyaasalkan warna biru jika disapukan ke kawasan biru, insya-Allah sembuh.''Dr. Ridzuan turut memberikan tip mudah untuk mengenali seseorang yangberperwatakan negatif atau aura bocor.``Bila bercakap, banyak negatif.

Apa sahaja yang kita buat atau cakap semuadari otak, kalau otak negatif, automatik auranya pasti negatif juga.''Sifat warna aura secara umum* Ungu - menunjukkan tingkat spirituil* Biru - spirituil dan telepati yang baik* Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain* Hijau - menenangkan* Kuning - periang* Oren - hebat, luar biasa dan unik* Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif* Merah jambu - penyayang* Coklat - tidak stabil, spirituil negatif* Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup* Belerang - tidak sihat, pemarah* Putih - penyakit serius.Aura dapat menjadi lemah sekiranya:* Kurang bersenam* Merokok* Kurang rehat* Udara yang tidak bersih* Tekanan* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba,mengumpat, mengutuk dan lain-lain.Tip memulihkan aura* Berfikiran positif* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuhkehijauan bagi mengeluarkan tekanan.* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya,berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perludilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas didalam badan.Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakamapa sahaja yang difikirkan.* Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapatmenghindari mudah dimasuki aura negatif* Banyakkan minum air putih.Komen Dr. Ridzuan tentang Mawi yang dikatakan `ada aura' .``Aura semua orang ada, cuma bezanya kalau orang kata Mawi ada aura mungkindia mempunyai aura positif dalam dirinya.``Apabila aura seseorang itu positif, secara tidak langsung dia akan menarikkemesraan, keyakinan, meraih simpati untuk membantu dan orang jatuh sukapadanya.``Biasanya orang popular atau terkenal, aura dia positif contohnya sepertiSiti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.''Aura AF, Felda, bandar``Aura positif tidak mengira tempat sama ada di Felda, kampung atau bandar.Kalau bukan di Akademi Fantasia, mungkin dia akan berjaya dalam bidang laindi luar.``Pendek kata, kalau aura positif, apa sahaja yang dilakukan, peluang untukberjaya adalah tinggi sebab orang akan mudah sayang padanya.''``Saya tidak tahu macam mana nak cakap, tetapi dia ada something (sesuatu),yang saya tak tahu apa bendanya''- salah seorang pengkritik.``Kita kena faham basic aura. Aura, ada `sesuatu' yang menyebabkan orangsuka. Kalau positif, tentu orang akan vote untuk dia juga sebab orang sukadan sayang dia. Jadi, orang pun melihatnya dengan penuh positif.``Kalau Mawi tu auranya negatif, walaupun ada sesetengah penyanyi bagus,sangat berbakat tetapi kenapa tak boleh pergi jauh? Memang ada faktor lain.``Personaliti semua ada tapi kenapa masih tak tertarik? Sebab, tiada aura,orang rasa tak selesa.``First impression..., orang akan buat penilaian. Kita nampakpositif/negatifnya dulu, kemudian baru nampak apa kelebihannya. Katalah Apakai baju hitam nampak seri tapi B nampak biasa aja.''X-factor versus aura``Berbakat tetapi tidak ke depan. Sama ada Mawi atau sesiapa sahaja yangmempunyai aura positif, tenaga yang dialirkan keluar kepada penonton adalahtenaga yang positif.``Apabila Mawi melihat audiens yang begitu, dia sendiri akan rasa positifdan secara tidak langsung akan membantunya lebih positif dan berjaya.''