THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Thursday, April 2, 2009

Aura Postif dan Negatif

Kita semua mungkin pernah mengalami situasi ini. Bertemu seseorang buat kalipertama dan tiba-tiba timbul sama ada perasaan kurang senang atau tidakselesa dengannya.Pada ketika yang lain pula, kita menjadi sebaliknya apabila sangat menyukaiseseorang walaupun baru mengenalinya.Segala tindak-tanduknya okey dan menyenangkan, penampilannya baik-baiksahaja di mata kita, bahkan kita boleh jatuh suka terhadap apa-apa sahajayang datang darinya.Dua contoh kes berbeza di atas menggambarkan adanya interaksi aura ataumedan tenaga di antara seseorang dengan yang lain.Ini kerana aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang disekelilingnya. Anda mungkin berasa tidak selesa kerana aliran tenaga yangkeluar adalah negatif.Cas negatif akan mempengaruhi raut wajah yang tidak berseri.

Aura terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini.Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya.Bagaimanapun, rata-rata dari kita tidak banyak yang ambil pusing tentangmedan tenaga tubuh masing-masing.Pakar Terapi Aura, Pusat Rawatan & Hidroterapi Batrysia, Dr. Ridzuan Noorberkata, aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat olehmata kasar.``Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atauwap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.``Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolismeyang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenagayang terdiri daripada ion positif dan ion negatif,'' katanya.Menurutnya, walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telurraksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia,haiwan serta tumbuhan yang hidup.Aura, di dalam sejarah telah digambarkan dalam bentuk lukisan dan sasteraseperti halo atau lingkaran cahaya yang dilukis di atas kepala bidadari atauorang-orang yang kuat beragama serta baik.Bahkan, ada juga yang membayangkan, lapisan aura yang terdiri daripadawarna-warna pelangi boleh mencapai lingkungan yang sangat besar padaindividu yang mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi.Itu juga dijadikan alasan bagaimana mereka boleh mengumpul begitu ramaipengikut atau para penyokong, kerana auranya yang lebih besar dan luas.Penyelidikan mengenai aura manusia telah bermula sejak awal kurun ke-19apabila seorang profesor dari Rusia iaitu S Kirlian membangunkan suatu alatfotografi bertekanan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kakimanusia.Teknologi itu kemudiannya dikenali dengan nama Fotografi Kirlian.

Dan kini,aura boleh dilihat dengan lebih mudah menggunakan kamera inframerah yangboleh didapati di kedai-kedai gambar.Melihat aura secara langsung bagaimanapun lebih kepada kebolehan spirituilyang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan.Malah, terdapat para pengamal terapi yang menawarkan latihan bagimeningkatkan kepekaan dan pencahayaan mata bagi membolehkan seseorangmelihat aura sendiri mahupun orang lain, secara langsung (tanpa pengantaraankamera).Terapi aura, salah satu cabang perawatan alternatif yang berasal dari Jermanitu kian mendapat tempat di hati khalayak Barat.Dr. Ridzuan berkata, semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, auraboleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahapkerohanian seseorang.Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapatberita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya,bocor.

Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukuprehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.``Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalamtubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masukadalah positif,'' katanya.Tambah beliau, aura merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yangbertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan,seterusnya mengesan penyakit.Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahanwarna yang berbeza.``Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal,cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannyamenjadi tipis, gelap dan berbonjol.``Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semulaaura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya,'' ujar Dr.Ridzuan.Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jikaotak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah.Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung,seluruh badannya menjadi sihat.``Jadi, untuk memastikan otak sentiasa kuat, kena pastikan tenaga kita kuat.``Sekiranya mahu memastikan tenaga yang kuat, aura atau perisai ataumagnetik elektromagnetik pun mestilah kuat. Itu asasnya,'' katanya.Tujuh warna pelangiAura meliputi tujuh warna pelangi. Apabila mengalami kebocoran, warna auraakan rosak dan tidak mengikut aturannya.``Satu contoh menarik yang biasa terjadi jika seseorang mendapat penyakitbeguk, petuanya adalah dengan menyapukan nila.``Memang kawasan leher mempunyai aura berwarna biru. Tidak kira apa bahannyaasalkan warna biru jika disapukan ke kawasan biru, insya-Allah sembuh.''Dr. Ridzuan turut memberikan tip mudah untuk mengenali seseorang yangberperwatakan negatif atau aura bocor.``Bila bercakap, banyak negatif.

Apa sahaja yang kita buat atau cakap semuadari otak, kalau otak negatif, automatik auranya pasti negatif juga.''Sifat warna aura secara umum* Ungu - menunjukkan tingkat spirituil* Biru - spirituil dan telepati yang baik* Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain* Hijau - menenangkan* Kuning - periang* Oren - hebat, luar biasa dan unik* Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif* Merah jambu - penyayang* Coklat - tidak stabil, spirituil negatif* Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup* Belerang - tidak sihat, pemarah* Putih - penyakit serius.Aura dapat menjadi lemah sekiranya:* Kurang bersenam* Merokok* Kurang rehat* Udara yang tidak bersih* Tekanan* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba,mengumpat, mengutuk dan lain-lain.Tip memulihkan aura* Berfikiran positif* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuhkehijauan bagi mengeluarkan tekanan.* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya,berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perludilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas didalam badan.Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakamapa sahaja yang difikirkan.* Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapatmenghindari mudah dimasuki aura negatif* Banyakkan minum air putih.Komen Dr. Ridzuan tentang Mawi yang dikatakan `ada aura' .``Aura semua orang ada, cuma bezanya kalau orang kata Mawi ada aura mungkindia mempunyai aura positif dalam dirinya.``Apabila aura seseorang itu positif, secara tidak langsung dia akan menarikkemesraan, keyakinan, meraih simpati untuk membantu dan orang jatuh sukapadanya.``Biasanya orang popular atau terkenal, aura dia positif contohnya sepertiSiti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.''Aura AF, Felda, bandar``Aura positif tidak mengira tempat sama ada di Felda, kampung atau bandar.Kalau bukan di Akademi Fantasia, mungkin dia akan berjaya dalam bidang laindi luar.``Pendek kata, kalau aura positif, apa sahaja yang dilakukan, peluang untukberjaya adalah tinggi sebab orang akan mudah sayang padanya.''``Saya tidak tahu macam mana nak cakap, tetapi dia ada something (sesuatu),yang saya tak tahu apa bendanya''- salah seorang pengkritik.``Kita kena faham basic aura. Aura, ada `sesuatu' yang menyebabkan orangsuka. Kalau positif, tentu orang akan vote untuk dia juga sebab orang sukadan sayang dia. Jadi, orang pun melihatnya dengan penuh positif.``Kalau Mawi tu auranya negatif, walaupun ada sesetengah penyanyi bagus,sangat berbakat tetapi kenapa tak boleh pergi jauh? Memang ada faktor lain.``Personaliti semua ada tapi kenapa masih tak tertarik? Sebab, tiada aura,orang rasa tak selesa.``First impression..., orang akan buat penilaian. Kita nampakpositif/negatifnya dulu, kemudian baru nampak apa kelebihannya. Katalah Apakai baju hitam nampak seri tapi B nampak biasa aja.''X-factor versus aura``Berbakat tetapi tidak ke depan. Sama ada Mawi atau sesiapa sahaja yangmempunyai aura positif, tenaga yang dialirkan keluar kepada penonton adalahtenaga yang positif.``Apabila Mawi melihat audiens yang begitu, dia sendiri akan rasa positifdan secara tidak langsung akan membantunya lebih positif dan berjaya.''

0 comments: