THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Sunday, March 29, 2009

Hidup tertekan boleh dapat tibi

Jika anda sentiasa hidup dalam tekanan, anda mungkin perlu mengubah cara hidup sedemikian dengan segera sekiranya tidak mahu diserang penyakit tibi yang boleh membawa maut.

Ia ekoran, hidup dalam tekanan akan menyebabkan daya imunisasi badan bagi melawan penyakit menjadi rendah dan ia memudahkan penyakit tibi merebak memandangkan 30 peratus rakyat negara ini adalah pembawa kuman tibi.

Amaran itu disuarakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Salehuddin Abu Bakar terutamanya kepada warga kota di sekitar Lembah Klang.
“Dalam keadaan ekonomi sekarang pasti ramai yang mengalami tekanan hidup dan ia akan merendahkan tahap imunisasi badan serta memudahkan tibi yang sedia ada dalam badan merebak dan menjadi penyakit.


“Ini kerana, 30 peratus penduduk negara ini adalah pembawa tibi tetapi ia tidak menjadi penyakit selagi imunisasi mereka kuat,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Sunday, March 22, 2009

Ramai guru sakit jiwa

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.
Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.
"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya. Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan. "Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Saturday, March 21, 2009

ketenangan yang belum kutemui...


keceriaan yang terdampar disenyumanku belum tentu kebahagian yang aku miliki...namun kebahagian yang kumiliki belum tentu kedamaian yang kuperolehi...
Kita hanya manusia biasa, hanya mampu bertawakal dan bermohon kepadaNYA serta berserah kepada suratan ilahi...setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya...

Friday, March 13, 2009

Warkah buat Bonda tersayang
Mei 2005...
Merupakan tarikh yang membawa seribu makna buatku sekeluarga.Bermula dari detik itu, rupa-rupanya aku akan kehilangan orang yang paling aku sayangi dan paling aku hargai selama ini. Dia adalah tempat aku bermanja, bermesra dan menagih kasih.

Tanggal 23 Mei 2005, mak mengadu dekat apak yang dia tak boleh menelan. Perkara itu berlaku masa mak dan apak makan bersama pada waktu tengahari. Mak kate kat apak “apaknya, kenapa susah sangat aku nak nelan nasi nie”. Padahal mak masak nasi taklah keras sangat. Apak kata “alah kau masak keras sangat kot”. Mak cuba juga nak menelan nasi tu. Tapi terasa sukar jugak. Mak memang jenis yang tak suka pergi jumpa doktor. Dia kata kalau nak mati pun mana-mana pun boleh mati. Katanya “doktor pun bukan pandai sangat, selalu buat keja main-main”. Keesokkan harinya, sakit mak semakin parah. Apak bawak mak gi jumpa pakar homopati kat Teluk Mas. Orang tu cuba katakan yang mak ada benda tumbuh kat lehernya. Orang tu bagi mak ubat minum. Dia suruh mak minum 3 kali sehari. Tapi tika dan saat itu mak memang dah tak boleh menelan lagi.

Atas desakan adik-beradik, mak dibawa ke hospital Besar Kuala Lumpur. Menurut pemeriksaan yang dijalankan ke atas mak...doktor kata mak mengidap TIROD..kami adik beradik ingat Cuma tidrod biasa tapi sangkaan kami meleset. Doktor meminta mak tinggal di hospital untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. Tapi mak biasalah.. tak mau tinggal kat hospital. Kami sepakat adik-beradik supaya mak buat rawatan selanjut tapi mak duduk kat rumah Kak Sari. Mak setuju kalau itu caranya, janji tak duduk hospital. Katanya, dia merasa lemas duduk kat hospital.

Hari berikutnya...mak buat rawatan lanjut. Hasil dari pemeriksaan itu, mak didapti mengidap Barah Tairod tahap ketiga. Kami adik- beradik yang mendengar rasa macam ada bom yang jatuh kebumi. Tapi kami berpakat supaya tidak memberitahu hal yang sebenarnya kepada apak. Kami takut apak pula yang akan pengsan bila mendengarnya. Menurut kata doktor lagi...mak hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja lagi. Jikalau mak membuat pembedahan jangka hayat mak mungkin akan menjadi lebih singkat. Pembedahan yang dijalankan itu akan merosakkan pembuluh darah mak. Mak mungkin akan mengalami komplikasi darah yang tak berhenti-henti.

Hari demi hari berlalu...mak dah hampir 3 minggu duduk kat rumah kak Sari.. mak bukan orang yang suka duduk diam dan memperlihatkan kesakitannya kepada anak-anaknya.mak tak mahu anak-anak susah kerana dia. Mak sengaja memperlihatkan keceriaan yang hakikatnya kesakitan yang mak tanggung. Aku dah tahu sangat perangai mak...mak jenis orang yang suka berahsia dalam apapun perkara. Mak suka kalau aku yang masak dan buatkan air tehnya...sebelum pergi kerja, aku mesti buatkan mak air teh dan masakkan mak...mak cuba nak minum dan makan masakkan yang aku masak tapi apakan daya, sakit mak semakin kritikal...pada masa itu aku rasa macam nak nagis jer..tapi aku tahankan air mata nie dari terus berguguran...aku pulak memang jenis yang sensitif bab-bab ini. Aku cuba sudukan iar teh kat mak. Tapi tak boleh. Aku cuba pulak ambik straw untuk mak..tapi mak tak boleh telan jugak...Air mataku memang dah tak boleh nak dibendung lagi..akhirnya tertumpah juga depan mak... mak kata kat aku “kenapa ngais nie adik..? mak tak apa-apalah”. Aku dengar mak cakap macam tu, lagi bercucuran air mataku..mak kata lagi “agaknya mak nie dah nak mati kot..mak tak dapatlah tengok adik jadi cikgu dan kawin agaknya”. Aku cakap ngan mak “kenapa mak cakap macam tu..kalau ada rezeki dan jodoh, tak kemana mak”...”mak mesti bahagia kalu tengok lin bersanding dan jadi cikgu nanti”. Aku tinggalkan mak berehat di hujung jendela..aku dapat lihat, mak merenung jauh..mak masih tak tahu perkara yang sebenar begitu juga apak. Apak ingat mak sakit biasa sahaja bukannya kanser.

Keesokkan harinya...mak dah mula lemah. Kami mintak mak duduk hospital saja bagi memudahkan doktor membuat pemeriksaan. Walaupun kak Sari jururawat, tapi dia Cuma jururawat bukan doktor. Mak akhirnya setuju. Mungkin mak dah tak tahan lagi dengan penyakitnya.. selama seminggu mak duduk kat wad kelas 2...rawatan yang diterima Cuma alah kadar sahaja...

Masuk minggu keempat..mak dipidahkan ke wad kelas 1. Mungkin rezeki mak. Jadi kami adik beradi mudah untuk melawat dan bermalam dekat hospital kerana mak duduk sorang dalam bilik tu...masa tu aku memang tinggal sepenuh masa di wad tu. Aku pergi dan balik kerja dari hospital...sebelum pergi kerja kira-kira pukul 6.30 pagi aku dah bersiap untuk membelikan sarapan buat mak dan apak...aku bukan orang senang..aku berjalan kaki untuk mendapat sarapan itu...walaupun aku tahu mak memang dah tak boleh makan lagi...perkara itu aku lakukan setiap hari tanpa jemu..padaku mak adalah segala-galanya buatku..biar aku susah tak apa, tapi aku tak mau mak pergi...selesai semuanya aku baru pergi kerja dekat Pusat Damansara...aku selalu kena marah dengan bos kerana datang lewat...aku pasrah jer..aku tak tau nak buat macam mana lagi...aku tak boleh nak mengharapkan adik beradik yang lain kerana semuanya dah berkeluarga dan punyai tanggungjawab masing-masing...

Perhitungan hari semakin hampir...akhirnya adik beradik sepakat memberitahu apak perkara yang sebenarnya. Apak macam orang hilang arah tujuan...apak kata “kenapa tak bagi tau awal-awal pada dia”..bukan kami tak mau bagi tau..tapi kami tak mau kedua-dua sakit nanti..
Hari ini dah masuk sebulan lebih mak kat hospital.. tirod mak semakin kritikal..pelbagai rawatan dah dibuat..kemoterapi pun dah dijalankan tapi tetap sama..badan mak semakin susut..mak pun dah mula makan pakai saluran yang disediakan pihak hospital..pernah mak cakap kat aku, dia teringin nak makan bubur berlauk..aku cuba dapatkan bubur berlauk tu kat Kampung Baru...bila aku beri pada mak..mak Cuma boleh mencium sahaja baunya tanpa menjamahnya...tu yang buat aku semakin sedih...mutiara-mutiara mula berguguran di pipiku...
Pada suatu hari, aku dapat panggilan dari abang Nor..dia kata mak dah nazak dan sekarang dimasukkan ke unit ICU..aku mintak pulang awal dari kerja..walaupun kena marah dan cuti pun dah abis digunakan untuk menjaga mak masa kat hospital...dalam perjalanan, aku rasa, aku jalan di atas angin...tiba di hospital mak dah pulih sikit..tapi menurut kata abang..abang takut tengok mak masa tu...dia ingat mak mungkin dah tak dapat diselamatkan lagi..Abang kata mungkin mak nak tunggu aku..sebab doktor pun dah tak tau nak buat apa lagi..dua balang oksigen dah diberi pada mak..

Mungkin ada betulnya juga kata-kata abang..bila mak sedar jer..mak tanya aku “ Adik mana? Dah balik keja ke belum?..aku kata dari belakang..”Dah mak, lin kat sebelah mak nie”..mak senyum jer tengok aku..setiap pagi aku mandikan, bersihkan dan lapkan badan mak sebelum pergi keja.aku pun setiap pagi akan mencuci najis mak...aku takut mak berkudis pulak bila simpan lama-lama..tapi masa aku pergi kerja apak yang ambil alih tugas aku...kadang-kadang adik-beradik yang lain juga ada menjalankan tanggungjwab itu...
Biasanya yang akan bermalam di hospital adalah aku, apak dan kadang-kadang kak ana...kak ana berulang-alik dari kajang ke KL dan sanggup tinggalkan anak-anak yang kecil dengan pembantu rumahnya...kadang-kadang sampai bergaduh suami isteri..tapi kak ana jenis yang tegas..dia kata, dia Cuma ada seorang mak dan seorang apak..tak boleh nak dicari ganti..yang lain boleh dicari ganti...

Suatu hari, masa tu pukul 7.30 malam...mak macam dah susah nak bernafas. Tapi pada siangnya mak nampak ok jer...kak ana dan apak mula membuat bacaan yassin..adik beradik yang lain dah balik kerumah masing-masing..aku pula masa itu tengah mandi sebab baru balik dari kerja.aku dah jadikan bilik dan hospital tu seperti rumah..lepas mandi kak ana ajak aku menukar pakaian mak..kerja tu dah tak boleh dibuat seorang diri sebab mak memang dah tak boleh bergerak langsung..badan mak pun jadi macam berat..aku tahu mak tak mau menyusahkan anak-anak. Tapi apakan daya. Masa nak tukarkan pakaian mak tu, kami sempat lagi berseloroh...akulah yang mulakan..aku cakap ngan kak ana, kanapa kau ambik kain yang warna putih nie..macamlah mak nak meninggal pulak...aku tak tau macam mana ayat tu boleh terkeluar dari mulutku...tiba-tiba sahaja...Masa tukarkan pakaian mak itu, aku dan kak ana berpandangan sesama sendiri...kenapa badan mak berair dan berpeluh..kaki mak pulak sejuk macam ais..apak mungkin dah tau tapi dia pura-pura tak tau..mungkin dia nak kuatkan semangatnya..kak ana panggil doktor..doktor pun cuba buat suntikan tapi semua urat yang nak di suntik tak boleh dikesan lagi. Tekanan darah mak pun dah tak boleh di baca oleh meter tekanan darah tu lagi.. aku dan kak ana semakin panik..aku terus telefon kak sari suruh dia datang...nie sebab, rumah kak sari dekat dengan hospital malahan dalam kawasan hospital sahaja...masa tu mak dah semakin tak boleh bernafas..aku memasukkan alat pernafasan kat mulut mak..tapi semua dah tak berfungsi..apak pun dah semakin gelisah..apak terus bacakan surah yassin kat telinga mak..aku dan kak ana cuba mengajar mak mengucap..aku disebelah telinga kiri dan kak ana sebelah telinga kanan.

Namun, tuhan lebih menyayangi mak...mak pergi menyahut panggilan illahi tepat pukul 12.10 bersamaan dengan 27/7.2005 pagi hari rabu...mak...kenapa mak pergi terlalu cepat..malam tu jenazah mak dibawa ke bilik pengurusan jenazah..tapi adik beradik tak mau di bedah siasat..nasib baik kak Sari keja kat sana...senang cikit..jenazah mak di bawa pulang ke kampung dalam pukul 3 pagi..aku, apak dan abang Nor naik bersama-sama dengan kereta yang membawa jenazah mak..sepanjang dalam perjalanan aku memang dah tak dapat menahan air mata, tambahan pula keletihan yang kualami kerana selama hampir 2 bulan aku memang tak cukup tidur. Sentiasa berkejar dengan masa..

Jenazah mak tiba ke kampung dalam pukul 5.15 pagi..aku lihat semuanya dah tersedia..sebab aku mempunyai seorang kakak yang tinggal kat kampung.dia yang uruskan semuanya bersama saudara-mara.Urusan pengkebumian mak dijangka dalam pukul 10.30 pagi..aku lihat masa mak mula-mula dibawa masuk ke dalam rumah dari Hospital..memang wajah mak nampak macam orang yang belum meninggal..bersih jer dan nampak senyum jer..orang yang datang menziarah pun kata begitu...mak memang teringin sangat nak balik kampung.. mak kata, tak guna duduk lama-lama kat hospital ni, bukannya boleh pulih penyakitnya...mungkin dengan itu, apabila jenazah mak di baringkan di tempat tidur asalnya,wajahnya nampak berseri. Pagi tu, jenazah mak dimandikan. Masa mak dimandikan, kami adik-beradik yang memandikannya..abang Nor jenis orang yang boelh nampak benda yang orang lain tak boleh nampak..jadi dia nampak, mak tersenyum jer bila tengok anak-anak yang menguruskannya..

Masa mak dikafankan, mak masih kelihatan berseri-seri..kami adik beradik mencium dahi mak yang sejuk itu buat kali terakhir...masa mak hendak di bawa keluar dari ruang rumah, hujan renyai-renyai turun.seolah-olah mengiringi kesedihan kami dan pemergian mak buat selama-lamanya.. semasa mak hendak dikuburkan, arwah ngah, uda, abang yang membawa jenazah mak ke liang lahat..apak memang dan tak boleh berbuat apa-apa lagi..kira-kira baru 2 hari jenazah mak di kebumikan, orang yang bekerja sebagai penggali kubur tu kata kat apak, yang dia ada terbau, wangian yang belum pernah dibau selama nie..dia datang dari arah kuburan mak..entahlah..hanya tuhan yang mengetahui semua yang berlaku...mungkin itu adalah balasan mak yang tak pernah melawan dan membantah kata-kata apak..walaupun kadang-kadang apak meninggikan suara pada mak.mak sanggup membuat apa sahaja kerja yang apak lakukan walaupun itu kerja lelaki..kata mak dia malu pada apak kalu dia duduk kat rumah jer...
Mak ...kini dah hampir 4 tahun lebih mak pergi..tapi lin tak pernah lupakan saat kita bersama..mak..lin minta maaf kerana tidak dapat tunaikan hajat mak...setelah mak pergi baru lin dapat tunaikan satu permintaan mak iaitu menjadi cikgu...mak bila lin dapat Ijazah pendidikan nie nanti..lin bawak sijil nie kat pusara mak..dimana mak disemadikan..yang satu lagi permintaan mak, lin belum dapat tunaikan...mungkin takdir yang akan menentukannya...mak..lin rindu pada mak..setelah mak pergi, lin hilang tempat bermanja..kasih sayang yang diberikan oleh adik-beradik tak kan sama dengan kasih sayang mak..keikhlasan yang mereka berikan belum tentu sama dengan keikhlasan yang mak berikan.. kasih sayang seorang bapa pun tak sama dengan kasih sayang mak...mak ,lin sangat merindui mak...mak..doakan lin berjaya yer mak...itu jer yang dapat lin buat untuk tunaikan hasrat dan impian mak...
I LOVE YOU FOREVER AND EVER MY MOM...