THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, May 9, 2009

SElaMaT HaRi IbU...

Selamat hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu di dunia ini...pengorbanan seorang ibu terlalu besar jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang anak...tanpa Ibu, kita tidak akan mengenal matahari dan bulan yang sentiasa menerangi dikala kegelapan...hargailah jasa seorang ibu itu kerana suatu hari nanti pasti kita akan merasai betapa sukarnya insan yang bergelar ibu..namun ketabahannya dan keyakinannya dalam membesarkan anak-anak tidak pernah jemu walaupun dalam kesempitan hidup sekalipun...bagi mereka yang masih mempunyai ibu, hargailah ia sebagaimana menghargi sesuatu yang paling kita sayang...jika mereka sudah tiada, semua kekesalan sudah tidak berguna lagi...Mak, lin doakan mak aman dan ditempatkan dalam kalangan para soleha dan sesungguhnya tuhan maha mengetahui setiap apa pengorbanan yang telah mak lakukan semasa hayat mak ada...I LOVE YOU FOREVER MOMS...

PeLaJaR ZaMaN MoDeN...KoNoN...

Apa nak jadi anak-anak sekarang...Guru tempat meminta ilmu tapi guru pula yang dianiaya...di manakah perginya akhlak insan itu...keberanian yang tidak kena pada tempatnya...siapakah yang harus dipersalahkan dalam tragedi ini...Guru?Pelajar?ibu bapa?....????? Ramai guru mengeluh dengan perangai dan kerenah pelajar yang semakin kurang ajar dan berlagak pandai...sehingga ada yang berani menendang guru seperti yang berlaku di sebuah sekolah menengah di negeri Indera Kayangan...percaya atau tidak, itu adalah hakikat yang nyata bukan dogengan...kalau dahulu, pelajar takut dan hormati guru, tetapi sekarang, guru yang kena bersabar dengan kerenah pelajar...patutkah ini berlaku...bukan nak ucapkan terima kasih kepada guru yang dah memberi pengetahuan dan ilmu kepada mereka, ini lain pula yang berlaku...fikir-fikirkanlah..dan renungkanlah..

Thursday, May 7, 2009

BeNciLaH....

Kenapalah rancangan tak menjadi...tension betul...rase malas nak pergi mana-mana lagi...semua dah tak der mood lagi...

Friday, May 1, 2009

advertising final sem 06

"Model nie macam bagus"huhuh...kerana video 30 saat nielah buat sy pening kepala dengan perangai ahli yang tak mau kerja sama...terima kasih jack...dan terima kasih sayang kerana bagi kebenaran lynn buat editing dengan jack...

Lukisan Hati

LuKiSaN SeKePiNg HaTi DaN SeBuAh PeRaSaAn...Sejauh manakah nilai sebuah perhubungan dalam diri seseorang itu?...Adakah kejujuran di dalam diri insan itu?...Atau hanya buat tatapan dikala kesunyian sahaja?...Hanya dikau yang mengetahuinya....:(

Kedamaian....

Sekarang tepat jam 12.30 ketika coretan ini kutulis...pada ketika ini aku menghabiskan masa ku dengan membaca sebuah buku yang amat bermakna buat diriku...buku pemberian daripada orang yang tersayang iaitu "membina rasa cinta"...banyak juga pengalaman yang boleh kuperolehi dari maklumat yang tekandung dalam isi kandungannya...rupanya banyak lagi yang perlu kupelajari...biasalah kehidupan kita memang akan sentiasa mengejar ilmu kerana ilmu itu perlu dituntut walau sampai ke liang lahat sekalipun...malam ini aku rasa sangat sunyi sekali...aku kadang-kadang selalu membayangkan, apakah takdirku selepas ini...aku memang yang suka membanyangkan sesuatu perkara yang belum pasti atau yang belum berlaku...padaku, itu lebih baik. ini kerana,kadang-kadang bayangan yang aku fikirkan tu benar-benar berlaku cuma aku yang tidak pasti bila dan pada ketika bila aku membayanginya...aku sebenarnya juga bukan jenis yang suka menyatakan masalah yang berlaku pada orang lain...padaku, masalahku lebih baik kusimpan sebagai coretan memoriku...tapi sampai bila yer?entah,aku pun tak pasti sampai bila aku akan punyaikekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya sendiri...bukan apa, aku kurang pasti untuk menceritakan pada orang lain...kerana pada masa sekarang susah untuk mencari insan/manusia yang benar-benar jujur dalam perhubungan itu...itu yang buat aku takut untuk berbicara...eh..kejap...tak apelah...lain kali, saya akan berceloteh lagi yer...sekarang ada benda yang nak sambung ckit...salam semua...