THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, May 1, 2009

Kedamaian....

Sekarang tepat jam 12.30 ketika coretan ini kutulis...pada ketika ini aku menghabiskan masa ku dengan membaca sebuah buku yang amat bermakna buat diriku...buku pemberian daripada orang yang tersayang iaitu "membina rasa cinta"...banyak juga pengalaman yang boleh kuperolehi dari maklumat yang tekandung dalam isi kandungannya...rupanya banyak lagi yang perlu kupelajari...biasalah kehidupan kita memang akan sentiasa mengejar ilmu kerana ilmu itu perlu dituntut walau sampai ke liang lahat sekalipun...malam ini aku rasa sangat sunyi sekali...aku kadang-kadang selalu membayangkan, apakah takdirku selepas ini...aku memang yang suka membanyangkan sesuatu perkara yang belum pasti atau yang belum berlaku...padaku, itu lebih baik. ini kerana,kadang-kadang bayangan yang aku fikirkan tu benar-benar berlaku cuma aku yang tidak pasti bila dan pada ketika bila aku membayanginya...aku sebenarnya juga bukan jenis yang suka menyatakan masalah yang berlaku pada orang lain...padaku, masalahku lebih baik kusimpan sebagai coretan memoriku...tapi sampai bila yer?entah,aku pun tak pasti sampai bila aku akan punyaikekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya sendiri...bukan apa, aku kurang pasti untuk menceritakan pada orang lain...kerana pada masa sekarang susah untuk mencari insan/manusia yang benar-benar jujur dalam perhubungan itu...itu yang buat aku takut untuk berbicara...eh..kejap...tak apelah...lain kali, saya akan berceloteh lagi yer...sekarang ada benda yang nak sambung ckit...salam semua...

0 comments: