THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Monday, February 2, 2009

kenangan...


Kau tetap
Dalam ingatanku...

Sunday, February 1, 2009

Pelbagai Alasan Dan Hujah Ditunjulkan Oleh Barisan Yang Mempertahankan Pusaka Adat Yang Bid’ah Ini. Antara Lain Ialah:

Orang yang membangkitkan isu bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun orang ramai, memasak dan menjamu makanan kepada mereka adalah terdiri dari ulamak kaum muda. Setengahnya pula mengatakan dari pengikut Wahabi.
Kita merasa aneh dan hairan apabila dituduh dan dicop kaum muda ke atas orang yang menyebarkan pendapat-.pendapat kibar ulamak silam yang mulia, termasuk ulamak mujtahid dari empat mazhab. Kita mengatakan bid’ah kerana mereka itu mengisytiharkan bid’ah berdasarkan dalil-dalil yang amat kukuh. Rata-rata ulamak yang mulia itu mengemukakan dua buah Hadith sahih yang telah dibentangkan di permulaan risalah ini sebagai dalil yang utama. Mana lagi ada hujah yang lebih kuat dari Hadith sahih?. Apakah akibatnya jika seorang itu menolak Hadith sahih?. Ulamak yang mengatakan demikian bukan sebarangan, tetapi mereka itu terdiri dari Imam-Imam mazhab dan ulamak agung seperti Imam Syairazi, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qudamah, A1-Sayyid Abu Bakr bin Al-Sayyid Muhammad, A1-Syaikh Daud A1-Fataniy, Al-Shaikh Muhammad A1-Banjariy dan sehingga tidak terbilang ramainya. Kalau dibandingkan ilmu dan kemampuan mereka dengan bijak pandai agama masa kini nescaya didapati jaraknya beribu batu. Siapa sebenarnya yang didakwa sebagai kaum muda?. Adakah mereka yang mempertahankan pendapat ulamak tersebut? Atau kaum muda yang sebenar ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu dan membelakangkan pendapat ulamak berkenaan tanpa berlandaskan hujah yang benar dan kukuh.
Sesungguhnya ulamak yang menghukumkan bid’ah dan makruh dalam masalah tersebut adalah terdiri dari ulama lampau yang sudah lama meninggal dunia, tetapi yang masih ada di tangan generasi sekarang hanya karya dan kitab-kitab karangan mereka sahaja yang menjadi bahan rujukan dan kajian. Oleh itu tidak masuk akal kalau dilabelkan mereka kaum muda.

Manakala tuduhan yang mengatakan kononnya golongan yang membangkitkan isu ini adalah mereka dari fahaman Wahbiy. Tuduhan itu tidak benar malahan keterlaluan, kerana yang mengatakan bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun, membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas kematian sama ada sebelum atau selepas dikebumikan ialah Imam-Imam mazhab, bahkan yang paling ramai menghukum begitu ialah ulamak mazhab Syafiiy sendiri. Tiada seorang pun pendapat dari fahaman Wabiy dicatat dalam risalah kecil ini. Kita ingin bertanya mazhab apakah dipegang oleh golongan yang masih sayang kepada adat istiadat itu?. Tidakkah lima buah kitab jawi mazhab Syafiiy yang dibentangkan semuanya mengatakan bid’ah dan makruh?.

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubahmukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kauberubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruhsupaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum iamerasa aman daripadanya."Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselamaseribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehinggaputih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidakpernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akandapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allahyg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itudigantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumikerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'anitu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakarorang-orang yang di hujung timur keranasangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,danminumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu adabahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnyadi bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (notakefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, danorang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isaa. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu keduatempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempatorang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernamaLadha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibraildiamsegan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kauterangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnyaorang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belumsempat bertaubat."Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannyasehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "YaJibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah adaseorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masukke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bilasembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik darikitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungilautanracun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kamiturunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudahKamimenerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itudilaknatoleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat..