THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, August 7, 2009

Kembali Semula...

Setelah seminggu diberikan cuti akibat H1N1, maka dengan syukurnya, bermulalah semual alam perkuliahan...banyak juga kerja yang tertangguh...tapi nak buat macam mana...semua yang berlaku itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T...Selagi manusia itu bernafas, selagi itu tuhan akan memberikan pelbagai ujian buat umatnya...bkn apa, segala untuk menguji kesabaran dan ketakwaan kita...tapi sebagai manusia biasa,..sememangnya kita tidak boleh terlepas dari keluhan-keluhan yang dilemparkan terhadap segala ujian-ujian itu... apa yang penting disini...Setiap apa yang berlaku pasti ada khikmahnya...bagitu juga sesama manusia...sekali seseorang itu dicerca dan dikeji, maka berlipat ganda pahala yang diperolehi dan berlipat ganda juga hikmah yang diterima...sekiranya seseorang manusia itu pandai menjaga hati dan perasaan orang lain maka hati dan perasaannya sentiasa akan dilindungi dan mendapat ketenangan...Oleh itu...sebelum mengutarakan sesuatu, berfikirlah sejuta kali...kerana kadangkala apa yang keluar itu lebih pedih dari tusukan pedang dan lebih berbisa dari sengatan kala jengking...ingatlah wahai manusia...kita tidak selalu berada diatas...sekiranya kita jatuh, barulah kita akan mengetahui bagaimana rasanya seseorang yang dianiaya ketika itu.

0 comments: